Header Ads

ads header

Flash News

Berita sedih untuk Mahathir dan macai PH, Shafee negatif Covid-19


Peguam Shafee Abdullah telah disahkan negatif Covid-19.

Beliau memaklumkan perkara itu kepada Astro Awani menerusi pesanan mesej.

Shafee menjalani pemeriksaan selepas mempunyai kontak dengan individu yang disyaki menjadi kontak rapat dengan seorang pesakit Covid-19.

Dia kemudian menjalani kuarantin sejak 12 Mac, menyebabkan perbicaraan Najib Razak untuk kes dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion ditangguhkan.

Pihak pendakwaan perbicaraan itu turut membuat pemeriksaan Covid-19 semalam.

Perbicaraan dijangka akan diteruskan pada Khamis dan Jumaat minggu depan, tertakluk kepada hasil ujian Covid-19 terhadap Shafee serta pasukan pendakwaan.

Pada mulanya pemeriksaan balas terhadap saksi pendakwaan kesembilan, bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi dijadual diteruskan pada Khamis lalu.

Sebelum ini, dia telah memberi keterangan selama 22 hari, dan diperiksa balas oleh peguam selama 15 hari.

Najib sedang dibicarakan untuk empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan dengan RM2.28 bilion yang didakwa berasal dari 1MDB, melalui Tanore Finance Corporation.

Tanore Finance dikatakan dimiliki oleh Eric Tan, yang didakwa menjadi sekutu Low Taek Jho, individu utama dalam skandal 1MDB.

Dalam perkembagan terbaru berkaitan Covid-19, 18 pegawai polis dan keluarga mereka telah disahkan negatif virus itu tetapi masih menjalani kuarantin, menurut laporan Bernama.

The Star pula melaporkan bahawa Anggota Parlimen Sarikei Wong Ling Biu telah dimasukkan ke hospital, dan juga sedang menjalani ujian Covid-19.

MR :  Nampaknya bergegar semula dewan mahkamah....


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Hihihi...ph takut ke mangkok ni yg takut....pie takut nak masuk mahkamah...tu yg buat2 pemeriksaan...kenapalah tak positif...hihihi

    BalasPadam
  2. Moga TS Shafee berjaya dlm pembelaan kes BossKu DSNajib

    BalasPadam
  3. Si penulis Minda rakyat jikalau diamati gaya punulisannya betul 2 macam budak sekolah buat karangan utk menjawab kertas peperiksaan SRP....

    BalasPadam