Header Ads

ads header

Flash News

Buang Umno Dulu Baru Jumpa Saya, Pesan Tun M Kepada Muhyiddin


Tun Dr Mahathir Mohamad tidak melihat sebarang keperluan untuk bertemu Muhyiddin Yassin, melainkan perdana menteri itu sanggup membuang Umno dahulu daripada gabungan baharu kerajaan.

Pengerusi Bersatu itu mengakui menerima surat daripada Muhyiddin Yassin yang menjemput beliau untuk berjumpa tetapi pendiriannya tetap sama iaitu menolak Umno menyertai gabungan kerajaan.

"Dia (Muhyiddin) ada nak jumpa saya. Saya dah jumpa dia dari dulu, saya dah terang dah pendirian saya.

"Saya tak berubah, saya janji bahawa saya tak akan bekerjasama (dengan pemimpin yang terlibat dengan rasuah), Muhyiddin pun janji, dia (yang) kita tengok dalam video klip macam mana dia kata dia tidak akan bekerjasama dah dengan UMNO apa semua.

"Tapi sekarang dia terima UMNO sebagai parti yang terbesar dalam kerajaan dia... parti dia (Bersatu) cuma enam orang saja (Ahli Parlimen asal)... Bersatu cuma enam orang saja, parti UMNO 51 orang (termasuk yang sertai Bersatu)

"Saya tak tengok apa sebab saya nak jumpa (Muhyiddin) melainkan kalau dia sanggup buang orang itu semua, boleh jumpalah kot itupun saya akan timbangkan," kata Dr Mahathir lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Mesyuarat Bersatu Cawangan Kedawang, Langkawi pada Ahad.

Terdahulu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, berharap agar Dr Mahathir bertemu dengan Muhyiddin selepas timubul desakan dalam kalangan ahli parti itu yang berharap pemimpin tertinggi parti itu dapat berdamai dan kembali mengukuhkan parti.

Dr Mahathir sebelum itu turut menjelaskan sukar untuk berdamai memandangkan beliau masih teguh dengan prinsip untuk tidak bekerjasama bersama pemimpin yang didakwa di mahkamah.


MR :  Nampak Bukan Sahaja Atuk hilang PM, anak Atuk akan hilang MB


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Bukankah Atuk Kerala juga menyalah-guna kuasa untuk menyelamatkan kroninya dengan menggunakan Wang kerajaan @ bailout yang sangat merugikan negara dan rakyat ?? Bukankah skandal Forex hampir melingkupkan bank negara ?? Bukankah ini bererti Atuk Kerala juga tidal suci ???

    BalasPadam
  2. PM Tak payah la jumpa dia, buang masa je.

    BalasPadam
  3. game sebelum ni ..atok dh kena check.
    bila tak berhasil langkah merajuk, terhegeh-hegeh U turn.

    lani dh dibagi peluang menyelamatkan air muka,
    Dia bukak pulak game berlagak...
    esok ni bila dh checkmate..
    nak bukak game menangis pulak ka..?

    Muak dh atok oii... macam drama zaman dulu yg diulang2 setiap tahun.

    BalasPadam