Header Ads

ads header

Flash News

Cabaran Perikatan Nasional ....



Kerajaan Perikatan Nasional dizahirkan oleh ukhuwah yang dimenterai oleh Muafakat Nasional akibat dari gelojoh puak-puak diseberang sana menjarah ekonomi serta peradapan masyarakat majmuk terutama melibatkan sentimen melayu Islam.

Bertitik tolak dari setiap apa yang terjadi telah mewujudkan Kerajaan Perikatan Nasional dibawah kerjasama parti politik yang mendukung aspirasi masing-masing.

Jesteru telah lahirlah Barisan Jemaah Menteri Baru aspirasi kepimpinan TSMY dan Muafakat Nasional.

Barisan ini akan berdepan dengan pelbagai cabaran serta provokasi dari seterunya yang akan membina pelbagai pesepsi negatif sama ada melibatkan sentimen masyarakat ,agama dan sebagainya.

Cabaran ini juga berikutan dengan kemelut dalaman yang berlaku dalam parti-parti politik yang bergabung dengan PH dan juga gabungan parti-parti politik Perikatan Nasional di negara ini

Golongan ini tidak pernah akan berputus asa selagi mana cita-cita mereka untuk mendoktrin pemikiran rakyat belum kesampaian.

Mereka ini sentiasa punyai dana yang kukuh dengan pelbagai gerakan luar yang ingin menjahanamkan Sistem Raja Berpelembagaan Demokrasi Berparlimen yang diguna pakai sekarang.

TSMY dan Jemaah Menteri perlu sentiasa berwaspada dan bagi Tok selagi mana ukhuwah ini bercantum kukuh tiada siapa dapat menghalangnya melainkan hanya PenciptaNYA

Justeru, keseimbangan politik berasaskan kepada pelan strategik kerajaan PN harus dapat dimeterai dalam kalangan parti di bawah kerajaan PN.

TSMY bersama Jemaah Menteri perlu mengurang dan mengetepikan isu isu polemik sesama parti dalam kerajaan bagi meningkatkan kesedaran rakyat dan pelabur terhadap kestabilan negara.

Dengan kata lain, Tok ingin melihat lebih banyak penyusunan strategik untuk memulihkan masalah dalaman parti dan meningkatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap pencapaian kerajaan Perikatan Nasional mesti menjadi suatu keutamaan.

#CelotehTokAdiPendang

Tok Adi Pendang





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan