Demi kepentingan untuk orang Melayu?
Itu alasan ADUN Pengkalan Batu yang juga Timbalan Pengerusi DAP Melaka, Datuk Norhizam Hassan Baktee untuk lompat parti.
Pernah digelar oleh Speaker DUN sebagai ‘juara tembak babi’, dia hari ini yang mengumumkan sokongan kepada Perikatan Nasional juga berharap "kerajaan baru tak kecewakan rakyat.”
Umum dikenali dengan watak samseng dalam sidang DUN dan sohor dengan ungkapan 'Awak YB ke saya YB', boleh pula dia muka tak malu salahguna sentimen Melayu dan rakyat.
Rakyat Malaysia sebagai sebuah masyarakat sivil boleh terima orang politik sama ada dari blok kerajaan mahupun pembangkang.
Masing-masing ada peranan dalam amalan demokrasi pilihan raya dengan sikap rasional dan matang berpolitik.
Sama ada kerajaan mahupun pembangkang, dua-dua berprinsip buat kerja atas kapasiti masing-masing. Itu rakyat mahu lihat.
Benar. Resmi politik, hari ini kawan, esok boleh jadi lawan. Tapi kita sebagai rakyat tidak boleh terima ahli politik yang 'lalang' berkiblatkan mana blok yang memberi jaminan habuan kuasa untuknya.
Rakyat termasuk warga emas dan berkerusi roda sanggup beratur panjang untuk mengundi pemimpin bukan mahu melihat 'YB' sibuk melompat parti demi tembolok sendiri.
Mana-mana blok politik pun termasuk Perikatan Nasional tidak akan selamat sehingga penggal berakhir kalau ahli politik berwatak khianat dan tikam belakang ini wujud malah dijulang sebagai wira.
Melompat ke parti lain dengan memperalat sentimen Melayu dan rakyat adalah sikap politik yang keji, tidak bermaruah, jijik lagi menjijikkan.
ARIF ATAN
MR : Aku setuju dengan arif atan walaun dia pernah khianat dan lompat parti walaupun bukan sebagai YB tapi sebagai penulis.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan