Header Ads

ads header

Flash News

Diskaun Bil Elektrik - Untuk Bacaan Macai PH


Bagi membantu meringankan beban rakyat dalam keadaan ekonomi negara yang mencabar berikutan kesan penularan wabak COVID-19, Kerajaan telah mencadangkan pemberian diskaun bil elektrik kepada semua pengguna elektrik bagi tempoh 1 April 2020 sehingga 30 September 2020. Pemberian diskaun ini telah diumumkan secara berperingkat melalui pengumuman pada 27 Februari 2020 semasa pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Negara 2020 (PRE 2020) dan juga melalui pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri Malaysia selepas mesyuarat pertama Majlis Tindakan Ekonomi pada 16 Mac 2020.

Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memperincikan pemberian diskaun tersebut supaya lebih difahami oleh pengguna-pengguna elektrik di seluruh negara.

Diskaun 15% kepada 6 Sektor Terpilih
Kerajaan telah bersetuju untuk memberi diskaun 15% bagi penggunaan elektrik dalam tempoh 1 April sehingga 30 September 2020 kepada enam (6) sektor perniagaan terpilih yang menerima kesan langsung daripada penularan wabak COVID-19 iaitu pengendali hotel; agensi pengembaraan dan pelancongan; kompleks membeli-belah; pusat konvensyen; taman tema; dan pejabat syarikat penerbangan tempatan. Diskaun 15% ini melibatkan kira-kira 10 ribu pemilik akaun daripada enam (6) sektor perniagaan terpilih yang mengguna pakai Tarif Perdagangan sahaja. Pemberian diskaun sebanyak 15% ini dijangka akan memberi impak pengurangan bil elektrik kepada 6 sektor tersebut sebanyak RM40 juta untuk tempoh 6 bulan bagi Semenanjung, manakala bagi negeri Sabah, ia akan melibatkan kos sekitar RM20 juta dan negeri Sarawak dianggarkan RM8.5 juta.

Diskaun 2% Kepada Pengguna-Pengguna Komersial, Industri Dan Pertanian Selain Daripada 6 Sektor Terpilih
Pengguna-pengguna komersial, industri dan pertanian selain daripada enam (6) sektor terpilih di atas pula akan menikmati diskaun 2% ke atas penggunaan elektrik bermula pada 1 April sehingga 30 September 2020. Ia dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1.6 juta pemegang akaun Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan penjimatan bil elektrik dianggarkan berjumlah RM370 juta bagi tempoh 6 bulan. Bagi negeri Sabah, ia akan memberi manfaat kepada sekitar 99,322 pemilik akaun yang melibatkan anggaran kos sebanyak RM11.5 juta manakala bagi negeri Sarawak pula, ia melibatkan anggaran kos sebanyak RM107.2 juta untuk 100,000 pemilik akaun.

Diskaun 2% Kepada Pengguna Domestik
Semua pengguna dalam kategori domestik atau rumah kediaman akan menikmati penjimatan bil elektrik melalui pemberian diskaun 2% ke atas penggunaan elektrik bagi tempoh bermula pada 1 April sehingga 30 September 2020. Ini bermakna rakyat akan menikmati diskaun 2% dalam tempoh tersebut sebagai tambahan kepada diskaun 6% yang telahpun dinikmati oleh pengguna domestik pada masa ini bagi tempoh 1 Januari sehingga 30 Jun 2020. Ia dijangka memberi anggaran penjimatan dalam bil elektrik sebanyak RM92 juta kepada kira-kira 7.5 juta pemegang akaun TNB untuk tempoh 6 bulan. Bagi Sabah pula, ia akan memberi manfaat kepada 520,378 pengguna domestik dengan kos dianggarkan sekitar RM5.7 juta manakala bagi negeri Sarawak, ia akan memberi manfaat kepada 585,637 pengguna domestik dengan kos dianggarkan sekitar RM6.8 juta.

Sukacita saya memaklumkan bahawa kos pemberian diskaun bil elektrik ini akan ditampung oleh Kerajaan melalui dana Kumpulan Wang Industri Elektrik ( KWIE ) bagi Semenanjung. Bagi Sabah dan Sarawak pula, kos pemberian diskaun akan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan.

YB DATO’ DR. SHAMSUL ANUAR NASARAH,
MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI.
18 MAC 2020


MR :  Diulang siar biar Macai PH faham betul-betul.. dulu asyik kencing rakyat aje


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Apa mo hairan itu tanggungjawab kerajaan dia tak suruh kerja suruh duduk rumah .dia tanggunglah sebilangan kos.bukan rakyat taknak kerja.

    BalasPadam
  2. Kemudahan ini dibuka kepada semua macai dengan kos nya ditanggung oleh Kerajaan melalui dana Kumpulan Wang Industri Elektrik. Bagus juga, kerajaan simpan duit tu nak buat apa kan?

    BalasPadam