“Doakan saya…” – Dah lama pendam niat, Ernie Zakri ambil keputusan untuk berhijab
Hikmah menghabiskan masa untuk bermuhasabah sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), telah membuatkan penyanyi Ernie Zakri mengambil keputusan untuk berhijrah.
Menerusi laporan Harian Metro, Ernie, atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, memaklumkan niatnya untuk bertudung sebenarnya sudah lama dipendam.
Dah lama saya berniat untuk bertudung
Namun, atas terikat dengan beberapa komitmen kerja membuatkan penyanyi berusia 28 tahun menangguhkan dulu niat tersebut.
“Sebagai manusia biasa sudah pasti sentiasa inginkan yang terbaik dalam hidup. Jadi, penghijrahan ini adalah pilihan saya. Sebenarnya, niat untuk bertudung sudah lama. Malah sebelum pergi umrah lagi…”
Doakan diri kekal istiqomah
Ernie meminta agar para peminat mendoakan dirinya supaya kekal istiqomah, dan berharap penghijrahannya ini mampu menjadi inspirasi kepada masyarakat.
Bagaimana pun, Ernie berharap agar ramai tidak salah sangka jika terdapat beberapa penampilannya tidak bertudung masih disiarkan berikutan ia adalah rakaman sebelum penghijrahan lagi.
Sumber : Harian Metro
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan