Dr M salahkan Muhyiddin dan Anwar dalam mesyuarat tertutup
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menyalahkan Muhyiddin Yassin yang menurutnya sengaja mencari alasan untuk mewujudkan krisis politik agar dilantik sebagai perdana menteri.
Mahathir juga berkata beliau sedih kerana tidak sempat mencukupkan jumlah sokongan untuk dilantik semula sebagai perdana menteri kerana PKR, DAP dan 92 ahli parlimen Amanah menyokong Anwar Ibrahim.
Mahathir berkata demikian dalam mesyuarat tertutup ahli Bersatu di Putrajaya yang disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi Amanah, mungkin secara tidak sengaja.
Mahathir berkata Muhyiddin memperalatkan Anwar untuk mewujudkan krisis politik dalam PH.
Beliau berkata salah seorang setiausaha politiknya telah memberitahunya bahawa Anwar mahu menuntut jawatan timbalan perdana menteri semasa majlis presiden PH yang berlangsung 21 Feb lalu.
Ia membuat Mahathir dan pemimpin parti sangat marah, tetapi senario itu tidak pernah menjadi kenyataan.
"Sebaliknya, (yang tidak berlaku) semua pemimpin (PH) menyokong saya. Beliau (Muhyiddin) memerlukan alasan untuk mewujudkan krisis.
"Bila parti keluar daripada PH itu jadi sebab krisis," kata Mahathir, menjawab soalan yang bertanya tentang Muhyiddin dan Anwar.
Mahathir mengulas lanjut dengan menerangkan bagaimana perancangannya untuk dilantik semula sebagai perdana menteri di tengah-tengah krisis itu telah digagalkan oleh Anwar.
Menurut Mahathir, Anwar telah mendapat sokongan daripada 92 ahli parlimen PH untuk menjadi perdana menteri apabila mereka ditemuramah oleh Yang di-Pertuan Agong pada Rabu lepas.
Pada masa itu, Mahathir mencadangkan untuk menerajui kerajaan perpaduan. PH menolak cadangan itu kerana menganggap kerajaan perpaduan tidak akan komited dengan manifesto pilihan raya mereka dan memberikan terlalu banyak kuasa pada perdana menteri.
"Saya sangat sedih kalah, kerana dia (Anwar) dapat sokongan PH untuk dicalonkan (sebagai perdana menteri). Dia mempunyai 92 (sokongan ahli parlimen). Saya mempunyai 60 atau lebih, kami boleh memperoleh majoriti.
"Dia mahu menjadi calon, walaupun dia sepatutnya tahu dia tidak dapat memperolehnya (sokongan majoriti).
"Dia tuntut nak jadi calon (perdana menteri), orang macam tu percaya benda tak betul sebab dia nak (jadi perdana menteri," kata Mahathir.
Anwar dan PH hanya kembali menyokong Mahathir pada petang Jumaat selepas Muhyiddin berjaya mendapat sokongan sebahagian besar ahli parlimen Bersatu untuk bekerjasama dengan Umno, PAS, Gabungan Parti Sarawak dan beberapa parti kecil.
Walaupun sehingga saat akhir PH masih berusaha mendapatkan sokongan majoriti ahli parlimen, Istana Negara mengumumkan bahawa Muhyiddin telah berjaya memperoleh jumlah berkenaan.
Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan pagi ini.
Mahathir menyifatkan Muhyiddin sebagai pengkhianat kerana kesediaannya bekerjasama dengan Najib Abdul Razak, yang kini menghadapi perbicaraan.
"Muhyiddin sanggup membantu kerana dia mahu menjadi perdana menteri," kata Mahathir.
MR : Dia tak pernah salah... Teruk orang tuan ni bila nak insaf
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Yang Atuk g letak jawatan PM tu ngape?
BalasPadam