Header Ads

ads header

Flash News

Hari ini 106 kes, Jumlah kes 1624 dan kematian 15


Daripada 106 ke baharu, 43 adalah dari kluster perhimpunan Sri Pertaling. 63 adalah daripada kluster baharu yang kini disiasat.

64 pesakit di ICU termasuk 24 memerlukan bantuan pernafasan.

24 lagi pesakit #COVIDー19 di Malaysia telah sembuh dan discaj hospital.

Ini menjadikan 183 pesakit sembuh keseluruhan atau 11.3%.

Tahniah dan terima kasih kepada kakitangan kesihatan KKM.

Mereka yang memiliki gejala wabak Covid-19, termasuk sukar bernafas, perlu ke hospital di peringkat awal agar peluang survival yang lebih baik, kata Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah.

Ketika sidang media di Putrajaya hari ini, beliau berkata salah satu punca utama 15 kematian berkaitan Covid-19 di malaysia ialah kerana mangsa pergi mendapatkan rawatan ketika mereka tidak lagi di peringkat awal jangkitan wabak itu.

Noor Hisham berkata, jangkitan Covid-19 ada lima peringkat, dengan mereka di tahap 3 menunjukkan mengalami pneumonia sementara mereka di tahap 4 pula sudah mengalami kesukaran bernafas dan memerlukan bantuan oksigen.

Tahap 5 pula, katanya lagi, adalah apabila pesakit tidak lagi bernafas dengan baik dan perlu dimasukkan tiub dan memerlukan sokongan ventilator.


MR :  Semoga Allah berikan kemudahan kepada KKM.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan