Header Ads

ads header

Flash News

Jualan kenderaan di China menjunam 79%


BEIJING – Jualan automotif di China menjunam sebanyak 79.1% pada bulan lalu – penurunan terbesar yang pernah dicatatkan akibat penularan koronavirus.

Jumlah jualan auto di China jatuh sebanyak 310,000 unit daripada bulan yang sama tahun lalu, penurunan bagi 12 bulan berturut-turut, menurut Persatuan Pengilang-Pengilang Automobil (CAAM)

China adalah pasaran terbesar bagi auto.

Malah jualan kenderaan tenaga baru turut merekodkan penurunan bagi lapan bulan.

Berikutan penurunan jualan itu, beberapa bandar China menawarkan insentif bagi memulihkan jualan.

Pengeluaran kereta turut dihadkan, Toyota Motor hingga Great Wall turut menyaksikan penurunan jualan pada bulan lalu.

CAAM mengunjurkan jualan kereta akan susut lebih 10% pada separuh pertama tahun ini dan 5% bagi keseluruhan tahun jika wabak koronavirus dapat dikekang sebelum April. – MalaysiaGazette



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan