Header Ads

ads header

Flash News

Kematian meningkat 15 orang


Malaysia mencatatkan satu kematian akibat Covid-19, menjadikan jumlah korban akibat wabak itu di negara ini menjadi 15 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata mangsa terkini itu ialah seorang lelaki berusia 71 tahun.

Dalam kenyataannya sebentar tadi, Noor Hisham memberitahu, mangsa merupakan kes ke-1,519 dan berasal dari Melaka.

"Beliau disyaki mempunyai kontak dengan kes positif ke-703 yang menghadiri perjumpaan tabligh di Masjid Seri Petaling baru-baru ini.

"Beliau mempunyai sejarah penyakit kronik dan dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, sejak 18 Mac," katanya.

Menurut Noor Hisham lelaki terbabit meninggal dunia pada jam 5.35 pagi tadi.

"Kementerian Kesihatan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau," katanya.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan