Header Ads

ads header

Flash News

Kematian seorang Doktor pagi ini menjadikan jumlah kini 9 orang


Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah memaklumkan kes kematian terbaru akibat jangkitan Covid-19.

"Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat pertambahan satu lagi kes kematian baru berkaitan Covid-19 telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan.

"Pelaporan terbaru ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak sembilan (9) setakat ini," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Noor Hisham, mangsa berusia 49 tahun adalah seorang doktor perubatan dari Kementerian Kesihatan yang pernah mempunyai sejarah perjalanan ke Turki.

Bagaimanapun katanya, kes itu disyaki bukan dari kalangan barisan hadapan mahupun daripada kalangan rakan kerja yang berhadapan pesakit Covid-19.

"Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada 17 Mac 2020 setelah mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection.

"Beliau disahkan positif Covid-19 pada 18 Mac 2020 dan diberikan bantuan alatan pernafasan sejak 19 Mac 2020 setelah keadaan kesihatan beliau merudum," katanya.

Menurut Noor Hisham, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 10.33 pagi tadi.

"Seluruh warga KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga arwah," katanya.

Setakat semalam, jumlah pesakit yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) meningkat kepada 37, dengan 23 daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat 153 kes jangkitan baru direkodkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan 1,183 kes.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan