Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan PH Tumbang: LOA projek tertangguh! Lim Guan Eng, Shafie Apdal gagal kutip komisen syarikat kroni projek KPLB RM142.7 juta


1. Tumbangnya Kerajaan PH menyebabkan ramai pemimpin PH hilang jawatan secara tiba-tiba. Mereka dilaporkan tidak bersedia dan tidak sempat melakukan apa-apa disaat akhir khususnya tender dan kontrak yang sepatutnya mereka tandatangani.

2. Lim Guan Eng sendiri hadir ke pejabatnya pada Sabtu dan Ahad sehinggalah kabinet Malaysia bubar pada 24 Februari lalu. Apa yang beliau lakukan? Tentulah sama ada mengambil, memadam menghapus dokumen ataupun menyelesaikan semua urusan. LGE sedar mereka akan kehilangan kerajaan.

3. Begitu banyak fail sulit, tender terbuka, rundingan terus dan peruntukan khas terutama fail terperingkat (Sulit/RAHSIA) yang mungkin telah diluluskan oleh Lim Guan Eng jutaan atau berbilion ringgit selaku Menteri Kewangan yang paling berkuasa. Mungkin fail-fail ini akan terdedah sedikit masa lagi selepas Menteri Kewangan baharu menyandang jawatan itu. Kita tunggu!.

4. Begitu juga semua projek kementerian yang perlu dibawa dalam Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) dipengerusikan oleh Lim Guan Eng.

5. Banyak yang tidak dapat diselesaikan. Keputusan penilaian tender dari setiap Kementerian akhirnya tergantung kerana tidak dapat diluluskan dalam JPMK oleh Lim Guan Eng. Projek kementerian bagi Bekalan Perkhidmatan RM50 juta dan Kerja RM100 juta yang telah diluluskan Lembaga Perolehan A (LPA) Kementerian yang memerlukan kelulusan MOF pasti tergandung sejak 24 Februari lalu.

6. Lim Guan Eng, Tony Pua, bekas-bekas Menteri PH mesti resah kerana apa nasib kepada projek kroni dan apa juga projek yang mendapat komisen untuk mereka gagal diluluskan. Akta Kontrak 1949 memerlukan Menteri menandatangani kontrak atau penurunan kuasa kepada pegawai. Tiada Menteri maka tiadalah projek!

Projek tanpa LOA (Surat Setuju Terima) dan kontraktor buang duit berjuta.

7. Sejak Kerajaan PH bubar banyak kontraktor resah kerana mereka belum lagi mendapat Surat Setuju Terima (SST) untuk melaksanakan kerja. Malah ada kontraktor telah membuang jutaan ringgit membayar rasuah kepada Menteri atau pegawai Kementerian. Apatah lagi jika keputusan itu berdasarkan mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) yang perlu diperakukan Lim Guan belum diterima oleh Kementerian. Pasti memeningkan kepala kontraktor dan meresahkan pegawai yang menerima wang rasuah. Akan lebih banyak terbongkar!

Kita beri satu contoh;

Projek BALB Semporna RM156 juta

8. Projek Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Kawasan Semporna Sabah Secara Tender KPLB.T.17/2019 yang telah diperakukan oleh Lembaga Perolehan A KPLB oleh KSU namun tidak boleh dikeluarkan LOA kerana kelulusan MOF belum diperolehi. Butiran projek seperti berikut;



9. Projek Bekalan Air Luar Bandar ini disokong kuat oleh Datuk Seri Shafie Apdal Ketua Menteri Sabah yang juga Ahli Parlimen Semporna. Penggerak utamanya adalah Datuk Izhar Idrus bekas SUSK Menteri KKLW sebelum ini yang kini menjadi Pegawai Khas Shafie Apdal mengurus projek di Semenanjung. Pernah ditahan SPRM kes rasuah Shafie Apdal.



Kekal berkhidmat sebagai Pegawai Khas Ketua Menteri Sabah [untuk Semenanjung]



Apa status kes Hartaty sekarang? Bagaimana seorang yang menyimpan wang RM30 juta tidak didakwa?

10. Datuk Shafie Apdal juga telah ‘kawtim’ Lim Guan Eng agar kelulusan projek ini diberi kepada syarikat kroni pilihannya seperti Juta Hajat Sdn Bhd dan Exodaya Sdn Bhd. Datuk Izhar Idrus pula berulang alik menguruskan projek ini dengan Menteri KPLB dan juga KSU menjual nama Ketua Menteri Sabah.




Jawatankuasa Teknikal dan LPA KPLB menolak syarikat kroni

11. Bagaimanapun Datuk Seri Shafie Apdal dan pegawai khasnya Datuk Izhar Idrus itu bermasalah apabila teknikal tender KPLB tidak memilih syarikat Juta Hajat Sdn Bhd dan Exodaya Sdn Bhd tetapi memilih syarikat lain iaitu PRINSIP HASIL SDN BHD.

12. Ia mengundang masalah kerana Izhar Idrus terpaksa berunding dengan pemilik syarikat Prinsip Hasil Sdn Bhd kerana dari sudut teknikal syarikat ini lulus dengan markah yang tinggi. Lebih 90 syarikat dinilai 8 disenarai pendek tetapi syarikat kroni tidak melepasi syarat KPLB.

8 Syarikat disenarai pendek

13. Petender Kod 46/95 Syarikat Juta Hajat Sdn Bhd harga RM139.4 juta dan Kod 37/95 Syarikat Exodaya Sdn Bhd RM 142.7 juta yang disokong Datuk Seri Shafie Apdal tersingkir selepas jawatankuasa teknikal tender dan LPA KPLB memilih syarikat lain. Pada mula mereka berjaya berunding dengan Prinsip Hasil Sdn Bhd namun syarikat itu berpaling tadah oleh itu Datuk Izhar Idrus berusaha menyingkirkan syarikat syor KPLB itu.



Sekarang pun dah kontroversi- Bila SPRM nak siasat?

14. Bagaimanapun Shafie Apdal dan Izhar Idrus yang berpengalaman di KKLW itu sedar syarikat kroni Juta Hajat Sdn Bhd harga dan Exodaya Sdn Bhd RM 142.7 juta masih mempunyai peluang kerana perakuan akhir tender kerja lebih RM100 juta memerlukan kelulusan Kementerian Kewangan [dibawa dalam JPMK]. Kekuatan Shafie Apdal ialah hubungan baiknya dengan Lim Guan Eng.

15. Shafie Apdal sekali lagi telah menghubungi Lim Guan Eng dan meminta Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Kawasan Semporna ini diberikan kepada Exodaya Sdn Bhd walaupun syor LPA KPLB adalah Prinsip Hasil Sdn Bhd.

16. Mesyuarat JPMK yang di Pengerusikan Menteri Kewangan Lim Guan Eng Februari lalu [sebelum PH tumbang] telah membawa fail projek ini dan telah menafikan keputusan Lembaga Perolehan A KPLB dengan memilih harga lebih tinggi iaitu 142.7 juta, Exodaya Sdn Bhd. Bahagian Perolehan MOF atas arahan Lim Guan Eng mempunyai kuasa untuk mengubah keputusan Lembaga Perolehan A KPLB.

Agaknya berapakah komisen Lim Guan Eng , Tony Pua dan Shafie Apdal?

17. Hari ini surat kelulusan perakuan MOF kepada KPLB tidak dapat dikeluarkan kerana ketiadaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Maka LOA Projek ini di KPLB juga tidak dapat dikeluarkan kepada syarikat Exodaya Sdn Bhd ini. Wang sudah ditabur awal namun LOA belum diterima lagi. Sudah tentu ini menggusarkan syarikat dan pelobi projek seperti Datuk Izhar Idrus.

18. Ketiadaan Menteri KPLB tentu lebih menyukarkan kerana surat penurunan kuasa menandatangani kontrak kepada pegawai KPLB tidak akan dapat dilakukan apatah lagi nilai projek mencecah ratusan juta. Apakah dengan tularnya projek ini maka LOA kepada syarikat kroni Shafie Apdal akan dibatalkan? memandangkan syarikat ini bukan diperakukan Lembaga Perolehan A KPLB.

19. Projek ini sangat meragukan maka SPRM wajar menyiasat kes ini. Jika KPLB telah mengeluarkan LOA kepada Exodaya Sdn Bhd secara diam-diam bermakna sekarang puluhan juta komisen sedang masuk kepada Datuk Shafie Apdal, Izhar Idrus, Lim Guan Eng dan Tony Pua!. Ini adalah satu contoh projek dari satu Kementerian iaitu KPLB. Bayangkan semua kementerian berlaku begini berapa juta komisen tidak terkutip oleh Lim Guan Eng dan Tony Pua.

Mohon Kerajaan Perikatan Nasional GPS menghalangnya..

Captain M
8/3/2020



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan