Header Ads

ads header

Flash News

Lantikan menteri hak Muhyiddin selaku PM kata SU Agung Umno


Setiausaha Agung Umno Annuar Musa berkata soal pelantikan menteri dalam kabinet adalah hak Muhyiddin Yassin yang baru mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada soal pelantikan menteri sudah dibincangkan.

"Itu prerogatif (hak) perdana menteri. Jangan kita pula nak jadi perdana menteri.

"Tapi sebagai satu konvensyen (kelaziman), perdana menteri akan bincang dengan pemimpin parti.
Iklan

"Sejak dulu pun, bila kita kumpulkan (parti) gabungna, ketua-ketua parti akan duduk berbincang," katanya kepada pemberita di PWTC, Kuala Lumpur hari ini.

Annuar Musa

Terdahulu, Annuar mengadakan perbincangan dengan presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan naib presiden Ismail Sabri.

Ditanya berhubung perbincangan itu, anggota parlimen Ketereh itu berkata mereka hanya "sembang-sembang".

Sementara itu, Annuar menegaskan bahawa kerajaan baru tidak ada masalah untuk bekerja bersama-sama menteri sebelum ini.

"Kita boleh kerjasama. Sebagai contoh, menteri kesihatan (Dr Dzulkefly Ahmad), menjalankan tugas yang baik mengendalikan Covid-19.

"Walaupun dia tidak (lagi) menteri, apa salahnya kita kerjasama, di mana beliau boleh bantu. Tak bermakna bila tukar (kerajaan) menteri terus cut off. Apatah Muhyiddin adalah sebahagian daripada kerajaan dahulu.

"Jangan risau. Saya percaya negara kini dalam jagaan yang baik dan kami akan sokong dia," katanya lagi.



Mengenai sama ada kerajaan baru akan meneruskan agenda reformasi PH, Annuar berkata ia akan menjadi perkara pertama yang akan dibincangkan mesyuarat kabinet.

"Saya fikir ia akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet pertama.

"Apa yang penting kita tahu gaya kepimpinan perdana menteri kita sangat sederhana dan terbuka. Dan ini bukan tentang kumpulan, kelompok, (tetapi) negara diutamakan," katanya lagi.

Pagi tadi Muhyiddin mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Selain Muhyiddin, Presiden PKR Anwar Ibrahim dan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad juga mendakwa mempunyai sokongan majoriti anggota parlimen sebagai perdana menteri.

Namun Agong akhirnya memutuskan Muhyiddin sebagai individu yang mungkin mempunyai sokongan majoriti.

Krisis politik yang berlaku tercetus dicetuskan apabila Bersatu, yang diketuai Muhyiddin dan sejumlah anggota parlimen PKR yang diketuai oleh Azmin Ali, keluar daripada PH dan membentuk gabungan baru dengan Umno dan PAS.

Ia menyebabkan Mahathir meletakkan jawatan sebagai pengerusi Bersatu dan perdana menteri, membawa kepada pembubaran kabinet.

MR :  Jawapan yang terbaik drp SU Agong UMNO


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Jom pakat cadang tsmy lantik ts.musahassan jadi menteri kdn untuk basmi komunis, pengganas dan gasterism.

    Jom sokong.. dan kalau ada calon yg lebih baik sila kemukakan.. sama2 cari nama terbaik kalau ada nama lain.

    BalasPadam