Header Ads

ads header

Flash News

Masa untuk solat jemaah bersama anak


1. SAYA fikir, dalam tempoh perintah kawalan pergerakan yang diumumkan oleh kerajaan ini adalah tempoh yang sangat sesuai buat ibubapa bersama mendirikan solat berjemaah bersama dengan anak-anak.

2. Dalam tempoh ini, kebanyakan masjid dan surau telah pun diarahkan agar tidak melaksanakan aktiviti yang menghimpun orang ramai bagi mengekang penularan wabak penyakit. Ini adalah satu peluang keemasan buat ibubapa untuk mendirikan solat berjemaah bersama keluarga.

3. Perhatikan bagaimana generasi salaf terdahulu yang amat menitik beratkan soal solat berjemaah. Mereka memantau aktiviti solat anak-anak mereka. Al-Imam Abd Razzaq menukilkan satu kisah dari sahabat Nabi ﷺ yang pernah menyertai perang Badar. Beliau merekodkan dialog sahabat ini bersama dengan anaknya iaitu:

قال لابنه: أدركت الصلاة معنا؟ قال : نعم ، قال: أدركت التكبيرة الأولى؟ قال: لا. قال: لما فاتك منها خير من مائة ناقة كلها سود العين. والله أعلم.
“Apakah engkau sempat solat berjemaah bersama kami? Anak muda itu menjawab: Ya. Ayahnya bertanya lagi: Apakah engkau sempat mendapat takbir yang pertama? Anak mudanya menjawab: Tidak sempat. Ayahnya berkata: Sesungguhnya engkau telah terlepas satu kebaikan yang lebih baik dari seratus ekor unta!



4. Nah! Lihatlah bagaimana genarasi sahabat mendidik anak tentang solat berjemaah. Bukan sahaja solat berjemaah, malah sahabat ini menekankan akan pentingnya dapat bersama dengan Imam dalam takbir yang pertama.

5. Atas sebab itu al-Imam al-Zamakhshari merekodkan kisah Bakar ibn Abdullah al-Muzani, seorang Tabie yang soleh yang mengarahkan ahli keluarganya mendirikan solat. Kata al-Zamakhshari:

بكر بن عبدالله المزني – رحمه الله تعالى – إذا أصاب أهله خصاصة قال : قوموا فصلوا, ثم يقول: بهذا أمر الله تعالى ورسوله
“Sesungguhnya Bakr ibn Abdillah al-Muzani, sekiranya beliau ditimpa kesusahahan, maka dia akan meminta ahli keluarganya mendirikan solat lalu berkata: Dirikanlah solat, kerana beginilah yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya.”

6. Begitulah al-Muzani mendidik ahli keluarganya tentang solat. Apabila kita memerlukan sesuatu, maka mohonlah kepada Allah. Apabila ditimpa kesukaran seperti penularan penyakit ini, maka mohonlah bantuan Allah. Dirikanlah solat berjemaah bersama ahli keluarga dan mengadu kepada Allah.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Majlis Ulama ISMA
www.indahnyaislam.my



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan