Header Ads

ads header

Flash News

Menjual Ilusi Kehebatan Mantan Menteri Kesihatan


1. Lim Kit Siang sepatutnya telah memenuhi janjinya untuk bersara dari politik jika Dr Mahathir tidak menyerah jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim. Satu dunia sudah tahu Mahathir meletak jawatan tanpa membuat peralihan kepimpinan kepada Anwar seperti yang dijanjikan.

2. Malangnya Kit Siang seperti Mahathir tidak mungkin melaksanakan janjinya. Kini supremo DAP ini tampil pula menyarankan Kerajaan meminjam sementara mantan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad bagi membantu usaha mencegah Covid-19.

3. Saranan ini sebenarnya usaha terdesak Pakatan Harapan untuk menunjukkan mereka lebih cekap dalam mengurus negara.

4. Saya fikir hanya orang malas membaca akan percaya kerajaan lalu telah menjalankan tugas dengan cekap mengawal wabak Covid-19.

5. Berleluasanya wabak Covid-19 berpunca daripada kegagalan kerajaan lalu mendengar nasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan saranan-saranan parti pembangkang ketika itu.

6. Pada hujung Januari 2020, pemimpin UMNO mencadangkan visa pelancong untuk warga China digantung buat sementara waktu. Namun Menteri Pelancongan ketika itu menyatakan kita tidak boleh menghalang kedatangan pelancong China yang sihat.

7. Dalam sidang akhbar tersebut kelihatan Dr Dzulkefly sendiri hadir dan tersengih-sengih gembira.

8. Malah kita tidak boleh melupakan kenyataan Dr Dzulkefly yang memandang remeh peringatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada awal Februari 2020,

Ketika itu, Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Bagi Rantau Pasifik Barat, Dr Takeshi Kasai telah menasihati Malaysia untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlakunya penyebaran virus yang lebih luas.”

9. Apabila ditanya wartawan mengenai nasihat itu Dr Dzulkefly menyatakan dakwaan jangkitan COVID-19 akan berleluasa perlu dilihat dalam konteks sewajarnya kerana Malaysia belum lagi sampai ke peringkat itu.

10. Menteri Kesihatan itu juga menyifatkan Dr Takeshi mungkin menyebabkan berlakunya kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia. (https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/655058/covid-19-di-malaysia-masih-terkawal-dr-dzulkefly)

11. Sangat menyedihkan ketika seluruh dunia cemas dengan Covid-19, Menteri Kesihatan ketika itu memberi isyarat sambil lewa kepada rakyat dan kerajaan.

12. Malah sehingga penghujung Februari 2020 langsung tidak usaha mengetatkan pemeriksaan kemasukan pelancong asing dan menyenaraihitamkan negara-negara yang sedang mengalami pandemik ini.

13. Malah tiada saranan self-quarantine, mahu pun melarang rakyat negara ini ke negara-negara yang berisiko tinggi seperti China, Korea Selatan dan Eropah.

14. Kemuncaknya Ijtimak Tabligh 2020 berlangsung pada 27 Februari 2020 dihadiri oleh berbelas ribu orang, termasuk hampir seribu peserta dari luar negara.

15. Program ini bukan dirancang sehari dua, namun tidak ada sepatah larangan mahu pun teguran dari Menteri Kesihatan ketika itu sehinggalah Dr Mahathir meletak jawatan pada 24 Februari 2020.

16. Menyalahkan krisis politik pada 22 Februari 2020 adalah sangat tidak masuk akal kerana amaran-amaran mengenai Covid-19 telah berlarutan hampir dua bulan dan kerajaan ketika itu mengambil sikap sambil lewa.

17. Jadi maaflah, cadangan untuk menerima Dr Dzulkefly semula adalah satu yang tidak munasabah, kerana semua bermula dari kegagalan beliau menasihati kerajaan sebelum ini untuk mengambil langkah pro-aktif menyekat penularan wabak ini.

18. Cukuplah menjual mimpi dan ilusi kehebatan Menteri Kesihatan yang menutup sebahagian besar Klinik 1Malaysia hanya atas sebab politik partisan.

Ab Jalil Backer

MR :  Ini modal mereka ada...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Pemimpin-pemimpin Pee H gila kuasa masih bergaduh berebut jawatan dan sibuk berpolitik untuk agenda peribadi sendiri yang membuktikan puak Pee H ini mementingkan diri sendiri dan tidak mempedulikan wabak covid-19 dan penderitaan rakyat.

    Dasar terbuka KERA-jaan Pee H Yang teramat bodoh membenarkan rakyat China Komunis bebas memasuki Msia di waktu wabak Covid sedang merebak di China telah menyebabkan virus covid-19 merebak ke Msia dan membiak Dan mengancam nyawa rakyat Msia.

    Akibat kebodohan melampau Pee H, lebih 1000 rakyat Msia dijangkiti virus covid-19 dan sebilangannya telah meninggal dunia.

    Ini membuktikan pemimpin-pemimpin Pee H sangat tidak layak memerintah negara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. kerajaan PH masa ntah ape2 ntah. Lebih2 lagi menteri di kementerian dalam negeri. Tak berapa ingat dah nama dia. Langsung tak buat keje. Dialah yg patut kawal semua ni awal2. Tak pikir pasal rakyat langsung menteri tu. Dah memang perangai dia selamanya macam tu agaknye. Dialah antara punca2 segala masaalah covid19 ni. Ape punye bingai menteri PH ni.

      Padam
    2. Hoi RBA bodoh berlapis-lapis, keputusan membenarkan rakyat China Komunis bebas memasuki Msia (bersama dengan virus covid-19) adalah dasar terbuka KERAjaan PH yang mencerminkan kehendak menteri kabinet PH. Ini bererti ia bukan keputusan individu.

      Bukankah keputusan ini dibuat untuk menjaga hati parti kafir harbi dan puak kafir walaupun akibat buruknya akan menimpa rakyat negara ini ??

      Padam
  2. Tak kisahlah kalau tak nak terima balik Dr Dzulkefly. Tapi taķkan kita nak terima tahap kerendahan pemikiran menteri kesihatan yg baru ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Majoriti rakyat menolak PH kerana PH telah kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu menyebabkan rakyat menubuhkan kerajaan PN.

      Menteri kesihatan yg baru ini adalah jauh lebih baik dari menteri-menteri PH yang telah membenarkan rakyat China Komunis memasuki Msia di waktu China Komunis dilanda wabak Covid-19.

      Padam