Header Ads

Header ADS

Menteri agama minta Malay Mail mohon maaf, perbetul laporan


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan tidak pernah menyebut Tabung #MusaadahCOVID19 khusus untuk orang Islam.

Justeru, beliau meminta pihak akhbar Malay Mail supaya memperbetulkan kenyataan berkenaan dan membuat permohonan maaf atas dakwaan itu.

Mengulangi kenyataannya sebelum ini, Dr Zulkifli berkata, tabung itu untuk mereka yang memerlukan termasuk petugas barisan hadapan, kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kumpulan pengurusan jenazah dan yang berkeperluan.

“Selain asnaf yang menjadi keutamaan, agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sehingga hari ini telah menyampaikan sumbangan lebih RM20 juta kepada gelandangan, frontliners, anak kariah dan pelajar di Wilayah Persekutuan dan luar Wilayah Persekutuan tanpa mengira agama dan bangsa.

“Boleh rujuk hantaran di semua media sosial saya bermula 19 Mac. Saya tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk kenyataan yang tidak menggambarkan pendirian saya sejak enam tahun menjadi penjawat awam, terutamanya melibatkan isu hubungan antara agama dan kaum,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, misi #MusaadahCOVID19 digerakkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sebagai usaha meringankan beban golongan asnaf dan petugas hadapan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac ini.

Dr Zulkifli dalam kenyataan sebelum ini berkata, beberapa usaha telah dilaksanakan melalui misi #MusaadahCOVID19 yang memfokuskan asnaf dari Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri yang telah dikenalpasti.

Di samping itu katanya, kebajikan petugas barisan hadapan (frontliners) tanpa mengira agama dan bangsa serta keperluan hospital di Wilayah Persekutuan juga tidak dikesampingkan.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Itula risiko bila jadi org politik walau tak menang praya hanya senator. Panah2 fitnah sentiada dihalakan kpd kerajaan oleh pembenci2

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.