Header Ads

ads header

Flash News

Muhyiddin pengerusikan mesyuarat Kabinet pertama


PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama di Perdana Putra di sini, hari ini.

Mesyuarat yang bermula 9.25 pagi itu dihadiri semua 31 menteri yang baru dilantik.

Sebelum mesyuarat Kabinet bermula, Muhyiddin menyertai sesi bergambar dengan Jemaah Menteri.

Isnin lalu, Muhyiddin mengumumkan barisan Kabinetnya yang buat julung kali dalam sejarah negara tidak menamakan timbalan perdana menteri.

Muhyiddin sebaliknya mengumumkan pelantikan 4 menteri kanan, iaitu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali, Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof dan Menteri Pendidikan, Radzi Md Jidin.

Anggota Kabinet yang dilantik mengangkat sumpah jawatan di depan Yang di-Pertuan Agong di Istana Melawati semalam.

Muhyiddin, 72, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-8 pada 1 Mac lalu.

Turut hadir dalam mesyuarat Kabinet pertama itu ialah Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet), Farizah Ahmad.


MR :  Permulaan yang hasil akan menjadi baik


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. moga Allah permudahkan segala usaha,beramanah berusaha demi agama bangsa dn negara...malaysia makmor...aamiin...

    BalasPadam