Header Ads

ads header

Flash News

Muhyiddin pertahan jawatan presiden Bersatu, Mahathir pertahan jawatan pengerusi... macam sepakat aje!


Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dilihat cuba mengelakkan konfrontasi secara langsung dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad apabila beliau cuma akan mempertahankan jawatannya sebagai presiden Bersatu dan bukannya bertanding jawatan pengerusi Bersatu, yang merupakan jawatan penting dan berpengaruh dalam parti itu.

Muhyiddin hari ini mengemukakan borang pencalonannya untuk kerusi presiden Bersatu melalui setiausaha politiknya, menurut Bernama.

Muhyiddin, yang menentang Mahathir dengan membentuk sebuah kerajaan baru dengan kerjasama Umno, pernah mengisytiharkan dirinya sebagai pengerusi Bersatu dalam usaha merampas parti itu.
Tindakan itu demi memastikan ahli Parlimen Bersatu menyokongnya sebagai perdana menteri yang baru.

Manakala Dr Mahathir Mohamad akan mempertahankan jawatan sebagai pengerusi Bersatu.

Bekas perdana menteri itu menghantar borang pencalonan bagi mempertahankan jawatan tertinggi parti itu melalui Ketua Bahagian Bersatu Selayang, Zulkifli Mohamad di ibu pejabat Bersatu di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya hari ini.

Borang itu diserahkan pada kira-kira jam 1.40 tengah hari tadi.



MR :  Mereka gaduh atau pura-pura gaduh nak perkenakan Anwar dan PH?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Tun M sepatutnya sudah bersara dan menggunakan saki baki usia untuk perkara yang lebih berfaedah... Biarlah Pemimpin lain yang memimpin Parti Politik... Perjuangan Tun M sepatutnya sudah selesai...

    BalasPadam
  2. Perikatan Nasional adalah ciptaan tunkutty..pemiliknya adalah tunkutty... yiddin adalah proxy..
    Dalam masa sepanjang krisis sewaktu tunkutty letak jawatan aritu.. wajah dia nampak sikit gusar adalah waktu nama anowarlju** dicalonkan dapigs dan pandapigs.. selain itu dia sentisa ceria temasuk setelah Istana Negara mengeluarkan kenyataan bahawa KDYMM YD Agong telah berkeyakinan dan mengeluarkan Watikah perlantikan kepada Muhyiddin.

    Tunkutty telah jentik semua geng2 yang telah cuba membuli dia selama 21bulan tersungkur menggelupor meroyan,
    Tun tiada pilihan, itu sahaja jawapan yg tunkutty boleh berikan kepada pehak yg diangkatnya tapi taktahu berterima kasih.

    BalasPadam
  3. Ini semua tanda akhir zaman, bukan dimalaysia saja malahan dunia. Lihat arab saudi.

    BalasPadam