Header Ads

ads header

Flash News

Muhyiddin sah angkat sumpah sebagai PM ke-8


KUALA LUMPUR: Presiden PPBM Muhyiddin Yassin hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri ke-8 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah Jawatan dansetia serta sumpah simpan rahsia sebagai perdana menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di sini kira-kira 10.33 pagi.

Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai perdana menteri interim setelah meletakkan jawatan sebagai perdana menteri ke-7 pada 24 Feb lepas.


MR :  Harap TSMY akan membuat keputusan yang baik untuk rakyat


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Tahniah dan syabas kepada kerajaan Pakatan Nasional. Kita berdiri teguh menyokong kerajaan PN.

    Semoga PH kalah Dalam semua PRK Dan PRU dengan izin Allah. Amin

    BalasPadam
  2. Tahniah dan syabas kepada Agong kerana bertindak dengan tegas dan bijaksana untuk menyelesaikan konflik politik ini. Kita semua menyokong dan mengasihi Agong.

    BalasPadam