Header Ads

ads header

Flash News

Muhyiddin sedang tunggang harimau kata Mahathir


Dr Mahathir Mohamad berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sekarang perlu menangani penyokong yang terkenal dengan reputasi enggan bertolak ansur.

"Muhyiddin sedang menunggang harimau. Jika dia turun, mungkin dia akan dimakan, jadi dia perlu terus menunggangnya tanpa mengambil kira walaupun keadaan sangat tidak selesa," kata beliau, lapor media tempatan.

Dr Mahathir juga dipetik The Sun berkata terdapat cadangan supaya Pendaftar Pertubuhan mengharamkan Umno kerana pelanggaran peraturan tetapi Muhyiddin yang juga menteri dalam negeri kerajaan PH ketika itu membantah syor tersebut.

MP Langkawi menyalahkan keruntuhan kerajaan PH kerana Muhyiddin "tidak sabar" mahu menjadi perdana menteri dan PH "berdolak-dalik" tiada kata putus untuk menyokongnya sewaktu tempoh kemelut politik yang dicetuskan Langkah Sheraton - gerakan politik yang menyasarkan untuk menumbangkan kerajaan PH.

Terdahulu hari ini, Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata beliau hanya akan mempertimbangkan bertemu dengan Muhyiddin jika perdana menteri kelapan 'membuang orang Umno yang dituduh rasuah' terlebih dahulu.

"Saya tidak tengok apa sebab nak jumpa melainkan dia sanggup buang orang itu (pemimpin Umno yang terpalit dakwaan rasuah) semua, maka mungkin boleh jumpa.

"Itu pun saya akan timbang dahulu," kata beliau, lapor The Malaysian Insight.

Sebelum itu, Anggota MT Bersatu Wan Saiful Wan Jan mendedahkan Muhyiddin telah mengutus surat kepada Dr Mahathirbagi mengatur pertemuan antara dua pemimpin ini.


MR :  Mahathir pula tunggang biawak, sekali ke situ sekali ke sana...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


15 ulasan:

  1. Jika abang Din sedang menunggang harimau, maka Atuk Kerala pula menjadi Kuda tunggangan parti kafir harbi DA-Pigs. Ini bererti abang Din lebih hebat dan lebih bijaksana dari Atuk Kerala.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa la u urang sibuk sangat siapa saja jadi pm ..kalau kita urang x cari itu ong sendiri sendiri itu pm ada bagi ka? Oii kawan ..

      Padam
  2. Pelik betul atok ni,kat dunia ni apa lagi yg dia nk cari,,masih x sedar umur yg d bg pinjam Allah ni bl2 bole ambil.knp masih lg sibuk mmikirkn hal negara....ada baiknya n cukup setakat fikirkan masalah keluarga je.usah terus bcerita ksilapan insan lain,Takut d akhir2 usia ni keaiban atok pula terbongkar...ingat Allah tu maha segalanya...

    BalasPadam
  3. Terima kasih Tun , teruskan usaha Tun untuk tanah air tercinta, biarlah orang nak kutuk dsbgnya... Cuma Tun berehatlah dari arena politaik tanahair. Jasa Tun pada Negara teramat besar.

    BalasPadam
  4. X kisahlah tun nak ckp apa yg penting Dap dah makan tanah..dan jgn lupa tun dulupun dap pernah ckp yg mcm tun ckp cuma berbeza sikit jer...tun yg jadi kuda tua..

    BalasPadam
  5. Bagi je la .muhyidiin.apa salahnye .cuba dulu .kut kut lebih baik.

    BalasPadam
  6. Semua orang tak betul... Hanya Tun sorang jer betul... Udah2lah Tun... Bagilah peluang orang lain mempersembahkan kebolehan mereka.. Tak puas2 lagi ker Tun pegang kuasa yg Allah pinjamkan selama ini.

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. Pemimpin mcm Tun M ni susah nk faham.. dia nk cari penganti mcm dia. Susahla klu mcmtu. Tapi aku percaya dia cuba buat yang terbaik untuk semua.. peace yours

      Padam
  8. Tunggang harimauj ok la npak gagah. Dari tunggang anjing dap.

    BalasPadam
  9. Terimo kasih psk ku tun dr m semoga panjang umur ..

    BalasPadam
  10. Kebanyakan orang tak faham maksud Tun tu..Sebab tu mereka salahkan Tun.Mereka (UMNO) tak nak masuk perikatan nasional namun nak duduk dalam kabinet.Mereka tak nak bertolak ansur nak ikut cakap mereka saja.Sedangkan sesetengahnya ada terpalit dalam perundangan.Sepatutnya awal-awal lagi dah boleh haramkan parti UMNO ni.Sebenarnya Umno dah tak wujud selepas kalah dalam pilihanraya dulu tu.

    BalasPadam