Header Ads

ads header

Flash News

Najib Kongsi ‘Cara Kuburkan’ DAP


PETALING JAYA –
Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa terdapat cara untuk “kuburkan” DAP, salah satu parti komponen Pakatan Harapan (PH), yang sebelum ini terpalit dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Najib berkata, ia boleh dilakukan dengan mengesahkan kertas siasatan SPRM berhubung isu konsesi terowong dan projek pembangunan hartanah bernilai RM30 bilion di Pulau Pinang yang dibongkar pada awal tahun lalu.

“Dari masa kertas itu terbongkar sehingga kerajaan mereka tumbang, PH tidak pernah sekalipun nafi, sama ada di luar atau di dalam Dewan Rakyat, bahawa kertas siasatan itu sahih. Tidak pernah sekalipun.

“Rakyat juga hendak tahu jika kertas siasatan serta pengakuan itu sahih atau tidak sahih,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Pada Mac tahun lalu, SPRM mengesahkan membuka 6 kertas siasatan berkaitan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

SPRM memaklumkan, kertas siasatan pertama dibuka pada Julai 2017, manakala 5 lagi dibuka pada Januari 2018.

Menurut Najib, 5 kertas siasatan SPRM untuk skandal ini sudah selesai disiasat dan masih berada di Pejabat Peguam Negara.

“Jika wartawan ada peluang berjumpa mereka, cuba tanya Chow Kon Yeow (ketua menteri Pulau Pinang), Lim Guan Eng ataupun P Ramasamy (timbalan ketua menteri II Pulau Pinang). Adakah kertas siasatan terowong yang dibongkar itu sahih atau tidak?” katanya.

Sebelum ini, pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin, dalam siri artikel yang dikatakan berdasarkan kertas siasatan SPRM, mendakwa Guan Eng, dan 4 exco kerajaan Pulau Pinang terbabit rasuah berhubung projek bernilai RM6.3 bilion itu.

Guan Eng bagaimanapun berkata, dakwaan tersebut adalah satu penipuan dan mengarut kerana projek terowong dasar laut berkenaan dibuat menerusi proses tender terbuka, sekali gus tidak memungkinkan wujud unsur rasuah dalam pelaksanaannya.

Beberapa hari lepas, Guan Eng berjaya mendapatkan penghakiman ingkar dalam tuntutan saman fitnah yang difailkannya terhadap penulis blog, Raja Petra.

Saman itu adalah berhubung artikel membabitkan dakwaan rasuah projek terowong dasar laut oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Peguam Kok Yuen Lin yang mewakili Guan Eng berkata, hakim Mahkamah Tinggi Rohani Ismail membenarkan ahli Parlimen Bagan itu mendapatkan penghakiman ingkar selepas Raja Petra tidak menjawab tuntutan saman berkenaan. – FMT


MR :  Kuburkan DAP dan khadamnya AMANAH


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan