Header Ads

ads header

Flash News

Nantang ni kerja dia nak kritik aje... Nak api rakyat aje... bodoh dok tepat!


Pakej rangsangan hanya berkesan bantu rakyat 2 bulan, kata PH


PETALING JAYA: Pakatan Harapan mengalu-alukan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM250 bilion untuk menangani impak Covid-19, tetapi inisiatif yang diumumkan pada Jumaat hanya dapat membantu rakyat bertahan selama 2 bulan.

Ia termasuk bantuan tunai “one-off” untuk keluarga pendapatan rendah, orang bujang serta pelajar institusi pengajian tinggi.

“Pakej ini dilihat dapat bertahan dalam tempoh 2 bulan. Namun begitu, ia tidak memberi banyak impak melangkaui tempoh 2 bulan bagi ‘Mak Cik Kiah’ dan seluruh pekerja dan peniaga di Malaysia,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Kenyataan itu ditandatangani Presiden PKR, Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Terdahulu, Muhyiddin Yassin pada petang Jumaat mengumumkan pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat untuk menangani impak pandemik Covid-19 yang jumlahnya lebih 10 kali ganda daripada RM20 bilion yang diumumkan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad pada bulan lalu.

Ia terdiri daripada RM128 bilion untuk kebajikan rakyat, RM100 bilion bagi menyokong perniagaan dan RM2 bilion untuk memperkukuhkan ekonomi negara, selain RM20 bilion yang diumumkan dalam pakej terdahulu.

PH berkata, lebih banyak langkah perlu diambil bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menanggung kesan ekonomi daripada pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ia mencadangkan subsidi gaji pekerja dinaikkan kepada RM1,200 kerana RM600 tidak cukup untuk menangani kesan daripada krisis Covid-19.

PH turut menyeru sidang Parlimen diteruskan pada 18 Mei ini atau mempercepatkannya selepas PKP berakhir 14 Apr untuk kerajaan dan pembangkang membentuk pelan tindakan
secara dwipartisan, termasuk merangka belanjawan baru dengan mengabil kira semua senario dan faktor.

“Ia merupakan satu kelaziman di negara demokratik untuk membahaskan pakej rangsangan ekonomi kerajaan di Parlimen untuk memastikan pelaksanaan dijalankan
dengan baik serta terdapat pemantauan.”

Katanya, walaupun pakej rangsangan terbaru itu bernilai RM250 bilion, kerajaan sebenarnya hanya mengeluarkan perbelanjaan RM25 bilion dengan selebihnya dibiayai melalui pinjaman tambahan kerajaan.

“Sekitar RM205 bilion daripada RM250 bilion yang diumumkan sebenarnya merupakan penangguhan atau jaminan pinjaman.

“Terdapat anggapan dalam pandangan perdana menteri bahawa peniaga masih berminat untuk meminjam.

“Tetapi, ia hanya akan berlaku jika negara kembali berurusan seperti biasa setelah PKP ditamatkan dan perniagaan masih beroperasi seiring permintaan ekonomi untuk barangan dan perkhidmatan.”

PH berharap Putrajaya akan mempertimbangkan suntikan fiskal lebih besar dalam beberapa minggu akan datang atau ekonomi negara mungkin bertambah buruk dengan lebih ramai orang akan hilang pekerjaan.

Ia turut menggesa kerajaan melancarkan penyelarasan “waktu perang” untuk proses perolehan, pengeluaran dan pembekalan, antaranya bagi makanan serta peralatan perubatan.

MR :  PH ni biar mampus terus... baharu negara aman


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


13 ulasan:

  1. Mmg lh utk 2 bln jer...lps tu masing2 buat kje sndri lh utk sarahidup....x kan kjaan nk tggung seumor hidup....mmg puok2 PH ni sngja nk api2kn rkyt...mereka ingt mereka jer bijok...puiiiihhh!!

    BalasPadam
  2. BOLEH PERCAYA KE PADA MUKA2 NI?

    BalasPadam
  3. Hahaha.masa 22 bulan dulu katanya negara dah hmpir lingkup kerana kleptopkrasi.Phtu potong semua peruntukan dan jual harta negara,hutang negara juga makin ditambah.
    PM MY memberi peruntukan dan menambah ruang lingkup,tanpa bising jauh sekali kencing.Beza sangat jauh.Ucap selamat tinggal untuk PH

    BalasPadam
  4. Mungkin ada arahan agar semua peringkat DAP diarah kunci mulut selepas PH jatuh.Mungkin nk meredakankn kemarahan atau elak dikatakan punca semua berlaku.Namun Dna DAP amik peranan.PAN.
    Kini setelah PN tadbir,kita lihat semakin hilang taring puak nk hina Islam.Kalu dulu bebas dan rasa ada lesen besar

    BalasPadam
  5. Geng ni PM tepi boleh la...dk kelentong rakyat mcm2...semata2 gila kuasa rakyat jd mangsa...ingat kami semua ni bodoh dan xreti nk menilai...rakyat pn dh menyampah dgn politik hancing PH...

    BalasPadam
  6. Puak Pee H can go to hell for good ! Cukup-cukuplah kencing rakyat. Simpan sedikit kebodohan kamu untuk keturunan kamu sendiri.

    BalasPadam
  7. Sudah2 lah tu PH, dah kasi peluang memerintah 22 bulan, jahanam negara ni di buat, kasi lah peluang PN mentadbir dgn aman. Come on lah, terima lah hakikat bahawa PH gagal mentadbir negara. Rakyat dah bosan dgn permainan politik ni, Keutamaan kerajaan ini adalah untuk rakyat, Well done PM8

    BalasPadam
  8. PN baru memerintah.. ikut plak pintu belakang.. tu yg kene buat baik lebih dari biasa. kalau tak nanti tak dapat sokongan menyeluruh especially sokongan melayu dan golongan rendah.. takde salah pun PH nak kritik.. sekarang ni tulah tugas diorang.. check and balance. Diaorang menjalankan tugas. yg aku heran rakyat ni. Tugas rakyat plak adalah menilai.. bukannya kutuk dan carut pada pihak yg dia tak suka. dulu BN pun kritik kerajaan siap dengan segala fitnah lagi.. masa tu tugas dia tukang kritik.. so buatlah keje.. pembangkang cuma nak tahu je macamane duit bantuan ni diperolehi dan bagaimana nak belanjakan dan bagaimana nak dapat balik duit2 ni lepas krisis berakhir. Ni lah cara bekerja dalam sistem berparlimen. Aku pun nak tau.. mane tau kerajaan guna duit curi.. tak pasal makan benda haram.. dah habis krisis ni pun aku nak tahu gak camane kerajaan nak dapat balik duit yg dah dibelanjakan. sekarang ni pun golongan pertengahan mendapat terlalu sikit bantuan.. padehal golongan ni pun terjejas terok dgn MOC ni... harap2 lepas abis krisis kerajaan jgn sasarkan golongan pertengahan utk dapatkan kembali duit2 yg dah kerajaan keluarkan spt yg telah dilakukan oleh kerajaan2 terdahulu.. golongan pertengahan nilah yg sentiasa ditekan tak kiralah negara tgh senang ataupun susah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko ni memg penyokong puak ni eek..ko kenalah belajor bersyukur..ni bukan kritik membina ni kritik nak menghentam..yg penting penting sama2le kita rakyt mlysi hadapi covid19..ape pun syukur pada kerajaaan swkrang bukan macam ph hancing tu...

      Padam
  9. Ph nie kalau memerintah lg lingkup negara nie,masa baru dapat mandat habis semua bantuan dan peruntukan semua habis di potong,asalan negara hutang banyak,habis duit tabung pakatan harapan yg di dermakan oleh orng ramai kemana tabung tu,lps menang ckp nk buat tu,nie lah semua dusta belaka,memang penipu yg amat dasat lah ph nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang pun dasar ph penipu lebih2 lagi LGE MENTERI KEWAYANGAN..

      Padam
  10. Penaja satu Malaysia harap bangkit la semua jangan bergaduh tak kira Parti Agama dan bangsa agar semua saling membantu ingatlah

    BalasPadam
  11. Dah terang lagi bersuluh PH gagal mentadbir negara. Bagi PN pulak mentadbir dah terserlah kewibawaan menghadapi masalaah negara dan keperihatinan kepada rakyat.Terbaik PN dan PM ke 8 TSMY.

    BalasPadam