Header Ads

ads header

Flash News

Pakatan Harapan (PH) cuba rasuah Adun Rumbia Jawatan KM


Adun Rembia, Muhammad Jailani Khamis mendakwa tiga individu dari Pakatan Harapan (PH) cuba menawarkannya jawatan Ketua Menteri Melaka.

Jailani yang keluar PKR untuk menyokong Perikatan Nasional (PN) bersama-sama Adun Pengkalan Batu dari DAP, Norhizam Hassan Baktee, berkata tawaran itu dibuat selepas BN mengadakan sidang akhbar hari ini mengumumkan menamatkan kerjasama dengan Bersatu.

Kedudukan BN kini masih selamat dengan sokongan 15 Adun dan cukup untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah, walaupun terdedah kepada risiko ditumbangkan.

Berikutan sidang media BN itu, satu kenyataan yang dikatakan dikeluarkan oleh Sekretariat PH Melaka disebarkan di Whatsapp, yang berkata gabungan itu mempelawa Jailani dan Norhizam untuk membentuk kerajaan negeri.

Bagaimanapun, ada bukti Jailani atas dakwaannya.

"Mereka juga menawarkan saya jawatan ketua menteri Melaka. Saya ada semua mesej untuk membuktikannya," katanya

Beliau berkata, tawaran itu dibuat tiga individu - masing-masing satu dari Amanah, DAP dan PKR - tetapi tidak mendedahkan siapa mereka.

Katanya, beliau kekal komited dengan kerajaan negeri yang diterajui PN di Melaka.



MR :  Rasuah, beli adun ini kepakaran Anwar kata Azmin... Azmin membocorkan maklumat ini seminggu lalu.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan