Header Ads

ads header

Flash News

Parti Amanah lupa, Hari Ini Kahwin Takkan Esok Dapat Anak


Semalam Ketua Melaka AMANAH buat kerja 'munafik' nak bubar Dun Melaka kononnya nak beri mandat kepada rakyat. Sebelum ini geng Amanah ni kata bubar Parlimen membazir duit rakyat. Mereka puak AMANAH (boleh baca geng Ikram sekali) boleh tukar kenyataan atas kepenting isi perut tak sampai seminggu pun. Cakap berbelit-belit dan membuat persepsi buruk terhadap semua maklumat. Macai bodoh yang kena kencing ini akan bermatian habis duit untuk pejuangan AMANAH/IKRAM kononnnya atas Islam sebab mereka lihat dari luaran sahaja.

Hari Ini Dr Mariah pun sama, sebelum ini semasa memerintah bila ditanya bila nak buat Islam, mereka menjawab tunggu takkan kahwin terus dapat anak. Lebih 22 bulan masih tak mengandung-gandung... Itu semua spesis kencing rakyat.

Lagi teruk dahlah tak nak buat Islam, orang nak buat Islam dihalang diperli!! Apanya manusia!!

Boleh baca maklumat Malaysiakini ini


Siti Mariah: PAS boleh bawa RUU355 di sidang pertama Dewan Rakyat

Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, atau lebih dikenali sebagai RUU355, harus dibawa ke sidang pertama Dewan Rakyat di bawah kerajaan baru, kata Naib Presiden Amanah Siti Mariah Mahmud.

Katanya, PAS tidak boleh memberi sebarang alasan lagi memandangkan parti itu kini sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

"Drafnya sudah ada. Sambung saja usaha PAS yang terbantut sebelum ini. Selepas itu bolehlah Kelantan melaksanakan hukum Hudud yang dijanjikan.

"Tiada lagi halangan dari 'munafiqun dan musyrikun' PH. Jangan bagi alasan fiqh aulawiyat (keutamaan) pula," katanya lagi dalam satu hantaran Facebook hari ini.

RUU355 adalah satu usul persendirian yang pernah dibawa PAS untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355). Ia bagi meningkatkan bidang kuasa hukuman mahkamah itu berhubung kesalahan jenayah Syariah.

Melalui cadangan pindaan itu, mahkamah syariah boleh mengenakan hukuman yang lebih tinggi berbanding penjara sehingga tiga tahun, denda tidak melebihi RM5,000 dan sebatan tidak melebihi enam kali pada masa ini.

Pindaan itu mencadangkan seorang pesalah boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun, denda tidak melebihi RM100,000 dan sebatan boleh dibuat sehingga 100 kali.

Menurut Siti Mariah lagi, PH terutama DAP dan Amanah tidak lagi boleh disalahkan jika RUU355 tidak dibawa ke sidang Parlimen untuk diluluskan.

"Dulu tuduh DAP halang dan Amanah tidak tegakkan Islam dalam kerajaan PH. Sekarang PAS adalah komponen Perikatan Nasional, segerakan (bawa RUU355)," katanya lagi.

Bagaimanapun sumber memberitahu Malaysiakini bahawa sidang Parlimen pada 9 Mac ini akan ditangguhkan, antara lain bagi membolehkan menteri kabinet dilantik terlebih dulu.

Ketika pentadbiran BN, RUU persendirian itu pernah dibawa tiga kali oleh anggota parlimen Marang yang juga presiden PAS, Abdul Hadi Awang tetapi belum pernah dibebaskan.

Selepas PRU ke-14, beberapa pemimpin PAS pernah meminta kerajaan PH memberi lebih ruang untuk perkara itu dan sekali lagi dibawa ke Parlimen.

MR :  Bila puak IKRAM nak sedar dia orang tersilap pilih uslud!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: