Header Ads

ads header

Flash News

Pemimpin PH rakus, angkuh punca krisis politik


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman digesa bertanya kepada pemimpin Pakatan Harapan (PH) ketika mereka menjadi kerajaan kenapa rakyat resah dan gelisah akibat krisis politik yang menyebabkan negara tidak stabil dan ekonomi tergugat.

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keresahan itu berpunca daripada sikap pemimpin PH sendiri yang rakus berebut kuasa sebagai perdana menteri sejak dari awal mereka membentuk kerajaan setelah memenangi pilihan raya umum Mei 2018.

“Saudara patut tanya kenapa ini berlaku kepada pemimpin-pemimpin PH.Semuanya angkara kerakusan dan ketamakan untuk berkuasa, berebut takhta perdana menteri sejak awal berkuasa sehinggalah runtuhnya kerajaan PH secara rasmi yang memangsakan rakyat,” katanya dalam satu rakaman video yang disiarkan di Facebook.

Asyraf berkata demikian sebagai respons kepada pendirian Syed Saddiq yang menolak kerjasama PPBM dengan Umno yang disifatkan sebagai parti yang menyalahguna kuasa dan tidak berintegriti bagi menentukan perdana menteri ke-8.

Beliau bagaimanapun bersetuju dengan Syed Saddiq bahawa rakyat berhak mendapat negara yang lebih baik dan ia juga pendirian tegas Barisan Nasional (BN) dan kerjasama Umno dalam Muafakat Nasional dengan PAS.

Asyraf berkata, jalan terbaik bagi menyelesaikan krisis politik yang sedang berlaku ialah dengan membubarkan Parlimen bagi memberi jalan kepada pilihan raya umum baru.

“Sebab itulah pemimpin Umno, Muafakat Nasional, PAS dan BN bersetuju untuk menyerahkan kembali mandat kepada rakyat dengan pembubaran Parlimen.

“Namun kami menjunjung hormat titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar dapat berbincang supaya dapat dielakkan (pembubaran Parlimen) kerana maslahah yang lebih besar.

“Sebab itulah kami berjiwa besar sanggup menyokong cadangan Muhyiddin sebagai perdana menteri. Tetapi kami tidak akan sesekali bersekongkol dengan pemimpin-pemimpin bak kata pepatah ‘ayam berkokok berderai-derai, namun ekor bergelumang tahi’,” katanya.

Beliau turut meminta Syed Saddiq memikirkan kembali pendirian parti itu untuk kembali kepada kerjasama PH yang kini terkenal sebagai gabungan politik yang gagal menunaikan janji kepada rakyat.

Semalam Syed Saddiq yang juga ahli Parlimen Muar memberontak terhadap keputusan partinya PPBM untuk membentuk kerajaan baru bersama Umno.

“Saya ingin tegaskan satu perkara, saya tidak akan sekali-kali bekerjasama dengan golongan perasuah, jauh sekali untuk mendirikan kerajaan bersama dengan mereka,” katanya dalam video yang dimuat naik di Twitter pagi semalam.


MR :  Rakyat dah muak dengan mainan politik PH...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan