Header Ads

ads header

Flash News

Penyokong perlu berlapang dada, kata Zahid Hamidi


Penyokong parti perlu berlapang dada menerima keputusan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berhubung pelantikan mana-mana ahli parlimen sebagai anggota jemaah menteri, kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata perdana menteri tentunya telah mengambil kira semua aspek sebelum memutuskan memilih wakil rakyat berkenaan untuk dipersembahkan bagi diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai anggota kabinet.

"Kita harap penyokong di bawah walaupun mendoakan dan mengharapkan ahli-ahli parlimen mereka menjadi menteri atau timbalan menteri berlapang dada dan berhati terbuka menerima keputusan perdana menteri,” katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Seri Perdana di Putrajaya hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga MP Bagan Datuk serta beberapa anggota parlimen lain termasuk dari Sabah dan Sarawak mengadakan pertemuan kira-kira satu jam setengah bersama Muhyiddin di kediaman rasmi perdana menteri itu.

Ahmad Zahid berkata langkah Muhyiddin memanggil semua ahli parlimen untuk diberikan penerangan sebelum senarai anggota kabinet diumumkan merupakan satu pendekatan yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana perdana menteri sebelum ini.

Mengenai janjinya untuk tidak dipilih menjadi sebahagian daripada ahli jemaah menteri, Ahmad Zahid berkata keputusannya itu adalah muktamad.

"...dan saya tidak berhasrat untuk menarik atau mengubah keputusan itu kerana keputuasan saya itu adalah muktamad," katanya.

- Bernama



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Tahniah ds zahid,,saya mengagumi sikap berlapang dada tidak mahu dilantik jerana sedar,,nanti akan beri bola tanggung kpd musuh. Tak apa, slps pru15 nanti, ds zahid jadi menteri kabinet dgn izin Allah swt.

    BalasPadam