Header Ads

ads header

Flash News

Perebutan BERSATU, Tun Mahathir tak mampu kalahkan TS Muhyiddin


DI DALAM surat beliau kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan “pemberhentian Datuk Wira Marzuki Yahya daripada jawatan Setiausaha Agung BERSATU adalah tidak sah dan/atau wajar diketepikan”.

Alasan yang diberikan oleh Tun Dr Mahathir adalah Perlembagaan BERSATU (Pindaan 2019) tidak menyatakan dengan jelas akan kaedah bagi Presiden untuk memberhentikan Setiausaha Agung BERSATU.

Kata Tun Dr Mahathir lagi, Seksyen 18c Akta Pertubuhan 1966 dan Fasal 29 Perlembagaan BERSATU (Pindaan 2019) memberikan kuasa sepenuhnya kepada BERSATU untuk mentafsirkan Perlembagaan sendiri.

Adalah dipersetujui bahawa Fasal 13.9 Perlembagaan BERSATU (Pindaan 2019) tidak menyatakan dengan jelas akan kaedah bagi Presiden untuk memberhentikan Setiausaha Agung BERSATU.

Begitupun, Fasal 29 Perlembagaan BERSATU (Pindaan 2019) yang dipetik oleh Tun Dr Mahathir sendiri menyebut dengan jelas bahawa “Jika berbangkit sebarang perselisihan di atas tafsiran Perlembagaan ini atau mana-mana Peraturan yang dibuat di bawah kuasa Perlembagaan ini, maka tafsiran yang diberikan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi adalah muktamad”.

Dan, berdasarkan kepada pengakuan-pengakuan Tun Dr Mahathir sendiri di dalam “Wawancara Eksklusif Sinar Harian Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad”, terbukti bahawa Majlis Pimpinan Tertinggi adalah padu di belakang Tan Sri Muhyiddin.

Ini adalah pengakuan-pengakuan Tun Dr Mahathir tersebut:

(1) “(Dalam) Majlis Tertinggi saya dapati majoriti hentam saya. Bahkan orang yang benci kepada Muhyiddin tiba-tiba berkata bahawa mereka sekarang ini sokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ataupun sebagai pemimpin parti dan tidak saya. Dan ramai jugaklah yang tolak saya.”

(2) “Jadi dalam BERSATU ini terdapat ramai yang nak supaya kita bergabung dengan Umno… Jadi saya kata kita tunggu sekejaplah, kita tengok satu hari saya letak jawatan, lepas itu nak lawan lawanlah. Tapi pendapat saya itu ditolak.”

(3) “Saya letak jawatan pasal parti saya tolak saya, tolak pendapat saya. Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi saya mintak kita tangguh, jangan kita buat keputusan lagi, kita tangguh dulu. Mereka buat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan dengan kesedaran bahawa kalau kita keluar jatuh kerajaan. Jadi kita buat keputusan macam itu tak sokong saya macam mana saya nak kekal sebagai, apanama, pengerusi parti.”

Oleh itu, berdasarkan pengakuan-pengakuan Tun Dr Mahathir ini, maka nyatalah dalam perselisihan ke atas tafsiran ke atas Fasal 13.9 Perlembagaan BERSATU (Pindaan 2019) ini, Tan Sri Muhyiddin akan menang kerana beliau menguasai Majlis Pimpinan Tertinggi dan “tafsiran yang diberikan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi adalah muktamad”.

Walau apapun, jika sekalipun Tun Dr Mahathir secara tiba-tiba menguasai kembali BERSATU di dalam pemilihan yang bakal berlangsung, ia tidak akan menjejaskan kedudukan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan kerajaan baru pimpinan beliau pun.

Tun Dr Mahathir, di dalam “Wawancara Eksklusif Sinar Harian Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad”, sendiri mengakui: “Jadi tak lama lagi kita ada pemilihan dan mungkin Muhyiddin bertanding dan saya mungkin jugak bertanding dan tengoklah siapa menang, tapi kerajaan tak jatuh. Orang yang menyebelahi dia tu pegang jawatan, jadi kerajaan tak jatuh. Tinggal lagi dia mungkin tak jadi pemimpin BERSATU saja.”

Tegasnya, tiada apa yang perlu dibimbangkan oleh pendukung kerajaan baru kerana Tun Dr Mahathir akan sukar menang di dalam perebutan pucuk pimpinan BERSATU antara beliau dan Tan Sri Muhyiddin dan jika sekalipun Tun Dr Mahathir menang, kedudukan Tan Sri Muhyiddin dan kerajaan baru pimpinan beliau tidak akan terjejas pun.

Kepada pihak-pihak yang masih mahu bertenggek di atas nama dan pengaruh Tun Dr Mahathir untuk kepentingan mereka, sudah-sudahlah berbuat demikian. Hormatilah penegasan Tun Dr Mahathir sendiri di dalam “Wawancara Eksklusif Sinar Harian Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad” bahawa beliau ‘hendak rehat’, lebih-lebih lagi di dalam suasana kritikal negara yang sedang berhadapan dengan serangan coronavirus ini.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF
– HARAKAHDAILY 20/3/2020


MR :  Masa yang panjang dan dengan membunuh satu persatu kekuatan Mahathir membuatkan Mahathir akan tersungkur


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. Bersara je la wahai Mandey.
    Org tak betul semua.

    BalasPadam
  2. Rakyat DAPATI tokdet dah x relevan lg... Sebaik nya duduk rumah berehat... Bagi la pelapis baru memerintah negara... Cukup2 la tokdet berehat lah

    BalasPadam
  3. Saya bangga dengan semangat Tun sebermula Tun mentadbir negara dahulu sehinggalah kehari ini.kini tiba masanya Tun berundurlah demi kesihatan Tun dan keluarga,saya salah seorang penyokong Tun dari dulu kini dan selamanya sebagai salah seorang rakyat Malaysia ingin mengucapkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kerana dapat mengecapi keselesaan dari kebijaksanaan Tun yang telah mencorakkan kejayaan Malaysia dimana kesannya banyak dinikmati oleh rakyat Malaysia yang sedar betapa Tun telah banyak menabur budi buat rakyat Malaysia dinegara yang tercinta ini.Wassalam.

    BalasPadam
  4. memang patuklah tun berhenti srkadar menberi sokongan kpda kerajaan baru pun cukuplah........umur pun dah lama byak berehat tenangkan fikiran

    BalasPadam
  5. Hanya Allah aja yg tahu apa niat sebenar Dr Madhir...

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum.
    Rwyt ada menyatakan Rasulullah saw ada berkata ;
    " Aku tinggalkan dua perkara iaitu Kitabullah dan Sunnahku barangsiapa yang berpegang kepada keduanya ia tidak akan tersesat selamanya dan barangsiapa yang berpaling dari keduanya makalah ia ."


    Kesimpulannya,
    Pemimpin yang berpayungkan sistem demokrasi dan puak bendera parti politik sungguh golongan ini sebenarnya bukan contoh ikutan yang harus ditaati dan dipatuhi..

    Gudmlm.
    Mf ggu

    BalasPadam