Header Ads

ads header

Flash News

Pimpinan Amanah tak setuju Anwar ketuai PH?


Pemimpin Amanah jumpa Dr M selepas tak hadir majlis pimpinan PH

PETALING JAYA: Pemimpin tertinggi Amanah hari ini mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir Mohamad, selepas bekas perdana menteri itu dilihat tidak hadir ke majlis pertemuan pimpinan Pakatan Harapan di Pusat Konvensyen Sime Darby Bukit Kiara.

Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar berkata, pertemuan yang diadakan selama sejam itu bertujuan untuk “menyelamatkan Malaysia” dari penguasaan Barisan Nasional khususnya Umno di Putrajaya.

“Selama 1 jam kami berbincang dari hati ke hati. Akhirnya capai kata sepakat untuk semua kembali bersama antara Pakatan Harapan dan kumpulan Mahathir untuk sekali lagi menyelamatkan Malaysia.

“Dari penguasaan parti Umno-BN yang menguasa kerajaan gabungan pengkhianat dan kleptokrat,” katanya dalam satu kenyataan ringkas disiarkan di Facebooknya, hari ini.

Pada majlis Pertahan Mandat Rakyat yang diadakan sebelum ini, Mahathir dikatakan akan menjadi penceramah utama namun membatalkan kehadirannya pada saat akhir, tanpa memberi sebarang penjelasan.

Pertemuan melibatkan Mahathir dan Setiausaha Agung PPBM Marzuki Yahya turut dihadiri Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana.

PPBM ketika ini sedang menghadapi krisis dalaman selepas Mahathir sebelum ini mendakwa Muhyiddin Yassin mengkhianatinya dengan bertindak bekerjasama menubuhkan Perikatan Nasional bersama Umno, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).


MR :  mereka telah berpecah belah... tunggu masa itu lenyap!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. acah ayat 'SELAMATKAN MALAYSIA'
    deyy podahh..

    Ayat yang sama geng evangelis dok ratib siang malam... save Malaysia.
    Abah kau save.

    Kini bermulalah episode ke2 penguasaaan melayu bumiputera ke atas kalian.
    Aku harap pimpinan baru ni sama racist dgn DAP..
    Kalau aku memang aku tak bagi can dh la...
    bnyk geng sepet Kristian celup ni duduk ISA.

    BalasPadam
  2. Selepas PRU 15, Pee H akan masuk muzium.

    BalasPadam