Header Ads

ads header

Flash News

PKP Mampu Elak Negara Jadi ‘Itali Kedua’


KOTA KINABALU: Tindakan Kerajaan Persekutuan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disifatkan wajar untuk mengelak negara daripada menjadi ‘Itali Ke-Dua’.

Bekas Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Pang Yuk Ming berkata situasi di Itali menunjukkan ancaman penularan pandemik COVID-19 sangat serius.

“Jangkitan wabak ini sangat mudah dan cepat merebak, jadi sebarang tindakan yang diambil Kerajaan Pusat dan Negeri untuk membendung penularannya adalah wajar.

“Sebagai rakyat, amat penting untuk kita mematuhi arahan atau saranan yang diberikan khususnya tidak sesuka hati keluar dari rumah tanpa urusan penting,” katanya.

Pang berkata demikian semasa dihubungi Utusan Borneo di sini kelmarin berhubung langkah drastik kerajaan memperkenalkan PKP untuk menangani penularan COVID-19.

Mengulas lanjut, beliau percaya sebarang tindakan kerajaan untuk menangani krisis itu adalah demi kebaikan rakyat dan komitmen semua pihak perlu diberikan dengan sabar.

“Lebih baik kita memberikan kerjasama dalam tempoh 14 hari ini, kerana jika PKP gagal, kemungkinan besar tempoh penguatkuasaannya akan dilanjutkan sampai berbulan.

“Kita tidak boleh mengambil mudah kesan penularan pandemik sebegini, lihat sahaja contoh yang berlaku di Itali yang mempunyai graf peningkatan kes serupa dengan kita.

“Kalau kita tetap berdegil termasuk mengingkari arahan PKP, tidak mustahil keadaan menjadi lebih buruk dan nasib kita semua akan menjadi seperti rakyat di Itali,” katanya.

Beliau yang juga bekas Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata walaupun banyak sektor yang terjejas, namun langkah pencegahan lebih utama.

Menurutnya, lebih baik semua pihak bertenang dan bersama memastikan misi PKP mencapai sasaran serta mengelak keadaan bertambah buruk bagai ‘menuju jalan mati’.

“Kita faham sektor pelancongan dan pengangkutan awam antara yang paling teruk terjejas, tetapi kita wajar bersama-sama memberikan kerjasama sebagai rakyat Malaysia.

“Kita lihat pengorbanan petugas-petugas kesihatan di barisan hadapan yang terdedah dengan risiko terkena jangkitan COVID-19, bantu mereka dengan tinggal di rumah.

“Bagaimanapun, Kerajaan Pusat diharap mempertimbangkan untuk memberikan insentif tambahan kepada sektor-sektor yang terjejas khususnya golongan majikan dan pekerja.

“Pada masa sama, menambah keperluan fasiliti perubatan, rawatan, alat kelengkapan dan tenaga kepakaran yang belum mencukupi untuk mengelak keadaan menjadi lebih buruk.

“Kita khuatir jika dibiar berterusan, pasukan perubatan dan rawatan kita mungkin akan berada dalam situasi sehingga tidak sanggup berdepan pesakit yang ramai,” katanya. – Utusan Borneo




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan