Header Ads

Header ADS

Polis Terengganu tangguh Sistem penggiliran kenderaan "S Solution"


Polis Kontinjen Terengganu menangguhkan penguatkuasaaan Sistem Penggiliran Nombor Pendaftaran Kenderaan yang sebelum ini diumumkan dilaksanakan bermula esok.

Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook.

"Sistem Penggiliran Nombor Pendaftaran Kenderaan yang dirancang oleh Polis Terengganu untuk dilaksanakan bermula esok, 1 April 2020 (Rabu) terpaksa ditangguhkan untuk kajian yang lebih terperinci," kata kenyataan itu.

Terdahulu, ketika dihubungi Malaysiakini, Ketua Polis Terengganu, Roslee Chik, memaklumkan langkah berkenaan bagi menghadkan pergerakan di atas jalan raya.

"Bermula 1 April kenderaan yang nombor pendaftaran terakhir adalah nombor ganjil boleh dibenarkan berada di jalan raya, hari seterusnya pula giliran kenderaan yang nombor pendaftaran akhirnya adalah nombor genap dibolehkan berada di jalan raya.

"Namun, ini tidak bermakna pemilik kenderaan boleh bergerak bebas. Hanya mereka yang mempunyai urusan atau keperluan yang benar-benar penting sahaja yang dibenarkan atau mereka yang diberi kelonggaran mengikut PKP.

"Sekiranya berlaku pelanggaran terhadap peraturan ini, kita akan suruh mereka berpatah balik," katanya.

Menurutnya, peraturan itu dibuat sempena perintah kawalan pergerakan (PKP) Fasa II yang bermula 1 April (esok) sehingga tempoh PKP tamat.

Roslee menjelaskan bahawa ada pihak yang sengaja meletakkan barangan keperluan dalam kenderaan sebagai alasan untuk keluar daripada rumah, padahal pembelian barangan tersebut dibuat pada hari sebelumnya.

Untuk rekod, sistem penggiliran kenderaan mengikut nombor pendaftaran sudah lama dilaksanakan di Jakarta, Indonesia bagi mengurangkan kesesakan jalan raya.




MR :  Aku ingat APRIL FOOL.. s.. solution


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.