Header Ads

ads header

Flash News

PUM syukur YDPA lantik PM


PERSATUAN Ulama’ Malaysia (PUM) ingin menzahirkan kesyukuran kepada Allah S.W.T selepas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) mengambil keputusan melantik YAB Tan Sri Muhyiddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-8.

PUM menghargai kesabaran dan kebijaksanaan YDPA yang telah mengambil langkah bertemu secara individu dengan setiap Ahli Parlimen untuk mendengar sendiri pandangan mereka mengenai calon Perdana Menteri yang baharu setelah Tun Dr Mahathir meletak jawatan.

Sehubungan itu PUM mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Md Yasin di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Semoga dengan pelantikan ini akan dapat melancarkan lagi perjalanan pentadbiran negara kita yang tercinta.

Sebagai langkah ke hadapan, PUM ingin menasihatkan seluruh rakyat Malaysia agar menghormati serta mentaati keputusan yang telah dititahkan oleh YDPA.

Dalam masa yang sama, PUM mengharapkan agar Perdana Menteri ke-8 dapat mengambil pendekatan berhemah dan terbaik bagi menyatukan seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama memberi fokus kepada pembangunan negara. Keutamaan penyatuan ini perlu diberikan perhatian segera terutamanya di Semenanjung juga di Sabah dan Sarawak.

PUM percaya bahawa Perdana Menteri yang baharu dilantik ini perlu diberikan ruang secukupnya untuk mencorakkan pentadbiran negara. Segala dasar dan perkara yang baik, perlulah disokong bersama, manakala apa-apa perkara yang bersalahan dengan norma kehidupan rakyat Malaysia, maka hendaklah diberikan teguran ke arah kebaikan rakyat dan negara.

Dalam kesempatan ini juga, PUM turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad dan YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang telah menjalankan tugas dengan baik sepanjang tempoh memegang jawatan sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang lepas.

Semoga Malaysia terus berada dalam keadaan aman dan harmoni.

Yang benar,

DATO’ AL-SYEIKH ABDUL HALIM ABDUL KADIR
Yang Dipertua PUM

– HARAKAHDAILY 1/3/2020

MR :  Kesenimbungan perjuangan Ulama.. sejak tak ada Ahmad Awang dan Ghani Shamsunddin..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Alhamdulillah Pakatan Nasional berjaya untuk menubuhkan kerajaan untuk melindungi Islam, umat Islam, aset umat Islam, negara dan aset negara, dan rakyat dari ancaman dan kerakusan Pakatan Hancing pimpinan parti kafir harbi DA-Pigs yang telah menghina Islam dan menafikan hak umat Islam.

    BalasPadam