Header Ads

ads header

Flash News

Ringgit dijangka terus menaik berbanding dolar AS minggu depan



KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka meneruskan momentum peningkatannya berbanding dolar AS minggu depan walaupun dalam dagangan berhati-hati, didorong oleh perkembangan ekonomi global dan domestik yang positif, kata peniaga.

Menurut peniaga, pengumuman langkah rangsangan oleh bank pusat di seluruh dunia pada minggu ini dijangka mendorong pelabur antarabangsa untuk beralih kepada mata wang negara pesat membangun, termasuk ringgit.

Namun, pelabur global akan terus memantau petunjuk mengenai kesan ekonomi akibat penularan Covid-19.

Pada Khamis misalnya, Senat Amerika Syarikat secara sebulat suara menyokong rang undang-undang bernilai AS$2 trilion bagi membantu pekerja yang menganggur dan industri terjejas oleh wabak Covid-19 serta menyediakan berbilion dolar bagi membeli peralatan perubatan yang amat diperlukan.

Di peringkat tempatan, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan pakej rangsangan bernilai RM250 bilion pada Jumaat bertujuan melindungi kesejahteraan rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuh ekonomi susulan impak pandemik Covid-19.

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat juga dijangka menyuntik rasa optimis dalam kalangan pelabur.

Sementara itu, RAM Ratings pula menyifatkan langkah kelonggaran bayaran balik pinjaman yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada awal minggu ini akan mengekalkan kestabilan sistem perbankan berikutan kesan ketara yang disebabkan pandemik Covid-19.

Bagi minggu baru berakhir, ringgit ditutup lebih lebih tinggi berbanding dolar AS pada 4.3280/3350 daripada 4.3947/4012 pada Jumaat minggu sebelumnya.

Pada asas Jumaat-ke-Jumaat, ringgit mencatat prestasi bercampur-campur berbanding mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura pada 3.0175/0234 daripada 3.0303/0369 sebelumnya dan meningkat kepada 3.9754/9829 daripada 3.9811/9898 berbanding yen Jepun.

Ringgit bagaimana pun susut berbanding euro kepada 4.7608/7702 daripada 4.7204/7303 dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.2841/2943 daripada 5.1926/2042 sebelum ini.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan