Header Ads

ads header

Flash News

Ringkasan Sidang Media Khas Menteri Pertahanan 19/3/2020


1. Mesyuarat MKN memutuskan supaya pihak tentera membantu pihak polis dalam memantau dan memastikan pematuhan rakyat berada di dalam rumah masing-masing.

2. Tentera akan mula digerakkan pada hari Ahad ini, dan kerajaan berharap rakyat akan patuh.

3. Dari laporan pihak polis, jelas terdapat pematuhan RMO oleh rakyat, kerajaan mengucapkan terima kasih kepada yang mematuhi arahan RMO.

4. Namun masih ramai yang tidak mahu mendengar arahan pihak kerajaan dan lebih teruk tidak mahu mendengar arahan pihak polis.

5. Ada yang gagal untuk mematuhi arahan bersurai dengan terus bermain di taman, melepak di kedai mamak dan sebagainya.

6. Mengingatkan bahawa polis mempunyai hak kuasa dengan menggunakan Akta polis untuk mengambil tindakan yang lebih keras terhadap rakyat yang berdegil.

7. Pelbagai berita palsu, audio dsbnya contohnya mengatakan bahawa menteri pertahanan akan mengeluarkan perintah darurat selepas mendapat persetujuan YDPA.

8. Berita seperti Aset tentera digerakkan, polis dan tentera akan menyemburkan racun serangga adalah berita palsu yang boleh menimbulkan panik kepada rakyat. MENHAN menasihati rakyat untuk menghubungi hotline Kementerian seperti yang diumumkan semalam.

9. Ramai yang mempersoalkan atas alasan apa dan undang-undang apa tentera dilibatkan, MENHAN menjelaskan melalui seksyen 5 akta pencegahan penyakit berjangkit, adalah bidang kuasa Menteri Kesihatan untuk mendapatkan bantuan daripada pihak tentera dan polis.

10. Kerajaan Malaysia dan Singapura bersetuju membenarkan rakyat Malaysia untuk terus bekerja di Singapura dan kerajaan Singapura akan menyediakan tempat tinggal selama 2 minggu di sana.

11. Pekerja Malaysia akan disaring di sana sebelum dibenarkan pulang ke Malaysia, semua ini ditanggung oleh pihak Singapura.

12. Cuti sekolah akan diteruskan sehingga 31/3, jadi kepada keluarga yang berada di Kampung di luar Kuala Lumpur, teruskan tinggal di Kampung, jangan pulang ke Kuala Lumpur.

13. Kerajaan akan menangung perbelanjaan makanan semua pelajar yang tidak pulang dari kolej-kolej kediaman mereka.

BERSAMBUNG..

#movementrestrictionorder
#covid19
#stayathome
#dudukdiamdiam



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan