Header Ads

ads header

Flash News

'Saya Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia' - Muhyiddin


KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau adalah Perdana Menteri untuk seluruh rakyat Malaysia.

“Saya adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia, dari Perlis hingga ke Sabah," katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung, sebentar tadi.

Muhyiddin meminta rakyat memberikannya sedikit masa untuk menetapkan garis utama utama hala tuju kerajaan dan negara di bawah pentadbiran baharu.

“Saya merayu saudara dan saudari memberi sokongan padu kepada saya untuk memikul amanah dan tanggungjawab besar ini.

"Berilah saya peluang untuk memanfaatkan 40 tahun pengalaman saya dalam politik untuk mengemudi Malaysia ke arah kegemilangan. Saya juga tawarkan jiwa dan raga saya untuk negara," katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan