Header Ads

ads header

Flash News

Selamba main dam haji, ingkar Perintah Kawalan Pergerakan


KLANG – Walaupun sudah masuk hari kedua pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan namun masih ada segelintir orang ramai yang ingkar arahan tersebut malah berkumpul di tempat awam tanpa tujuan yang penting.

Menerusi Ops Covid-19 yang dijalankan oleh anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sekitar bandar Klang hari ini didapati masih terdapat orang awam berada di kawasan terbuka sambil bermain dam haji.

Ketika dihampiri anggota polis yang menjalankan operasi, keempat-empat lelaki yang dianggarkan berusia lingkungan 50 hingga 60-an itu dilihat tidak berganjak dari sebuah meja yang menempatkan papan dam haji.

Difahamkan, ada di antara mereka merupakan pemandu teksi yang sedang menunggu pelanggan selain seorang peniaga yang terpaksa menutup perniagaannya ekoran penularan wabak Covid-19.

Pegawai dan anggota polis yang melakukan rondaan ketika itu kemudiannya memberikan penerangan ringkas berkenaan wabak Covid-19 dan kepentingan untuk tidak berada di kawasan terbuka sebelum meminta mereka untuk pulang ke rumah.

Terdahulu, seramai 104 pegawai dan anggota terlibat dalam operasi yang bermula kira-kira pukul 12 tengah hari itu meliputi seluruh negeri Selangor.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat meminta orang ramai supaya akur terhadap Perintah Kawalan Pergerakan dan tidak melepak di kawasan terbuka tanpa sebarang tujuan yang penting.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Datuk Fadzil Ahmat bercakap kepada media pada Ops Covid-19 yang memasuki hari kedua susulan Perintah Kawalan Pergerakan di sekitar Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 19 MAC 2020.

“Kita perlukan liputan dari pihak media kerana mahu rakyat tahu bahawa perkara ini merupakan sesuatu yang serius dan ia perlu dilaksanakan oleh semua peringkat masyarakat.

“Anggota yang menjalankan operasi akan lebih menumpukan lokasi yang ramai orang kerana matlamat kita mahu mereka berada di kediaman masing-masing,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di IPK Selangor hari ini.- MalaysiaGazette


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan