Header Ads

ads header

Flash News

Seorang Lelaki China pula mati akibat wabak hantavirus


ANKARA: Ketika penularan pandemik COVID-19 menurun di China, seorang rakyat negara itu dilaporkan maut akibat hantavirus yang juga satu lagi jenis penyakit berjangkit.

Menurut agensi berita Anadolu yang memetik laporan akhbar tempatan harian China, The Global Times, semalam, mangsa adalah lelaki berasal dari wilayah barat daya Yunnan.

“Seorang lelaki dari Wilayah Yunnan meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke Wilayah Shandong untuk bekerja, di dalam sebuah bas disewa pada Isnin lalu,” ciap akhbar itu.

Tambahnya, 32 lagi penumpang bas itu kemudian menjalani saringan kesihatan, namun maklumat mengenai keputusan ujian terbabit tidak dinyatakan.

Penyakit bawaan virus itu kali pertama dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) pada 1993 di mana ia dipindahkan kepada manusia oleh tikus.

Menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit berpangkalan di AS, pemindahan virus itu daripada manusia kepada manusia tidak pernah ditemui kecuali di Argentina pada 1996 apabila wujud pandangan bahawa ‘hantavirus di Amerika Selatan boleh dipindahkan daripada manusia kepada manusia’.

Perkembangan baharu itu berlaku ketika seluruh dunia sedang bergelut untuk membasmi wabak COVID-19.

Berbanding COVID-19 yang mempunyai simptom seperti batuk, demam dan kesukaran bernafas, jangkitan hantavirus dalam badan akan mengakibatkan kelesuan, sakit otot serta sakit kepala. - BERNAMA

MR :  Yang penting jaga kebersihan.. wuduk setiap waktu solat antara penjagaan..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan