Header Ads

ads header

Flash News

Seperti dirasuk syaitan A Kadir menulis Mengampu Mahathir



A kadir Jasin ni pernah meletak jawatan sebagai Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Council of Eminent Persons kerana ada banyak kes termasuk menyebar maklumat bohong tentang pembelajaan Agong yang kononnya membazir sedangkan yang disebar itu adalah perbelajaan raja England.

Selepas dia tak ada kerja Mahathir ambil dia menjadi 'JIN' (bukan syaitan) Mahathir.

Bila Bersatu ditubuhkan Mahathir lantik dia menjadi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi. Dia ni dilantik pasal dia adalah Jin Mahathir.

Dia mana tahu parti, kawasan atau ranting. Nak kata dia kenal ahli Bersatu aku berani bertaruh lari keliling parlimen dia ni tak kenal sesiapa pun. Nak kata dia pernah bersambang dengan masyarakat setempat minum dan berbual... rasa tidak.

Masa menjadi wartawan dia menulis politik menipu aje kerjanya. Kalau orang percaya memang bodoh. Bukan aku kata tapi mahkamah pernah denda si Jin Mahathir ini. Aku bagi info sedikit.

Pada 7 Disember 2009, Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim menyaman beliau kerana memfitnahnya sebagai "pengacau" dalam parti itu pada Oktober 2009. Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri menuntut beliau membayar ganti rugi dan memohon maaf kepadanya berhubung artikel "Zaid, the Hurricane Hattie of PR" di blognya pada 21 Oktober 2009.

Dengan Zaid yang bangang tu dia kalah.. apa engkau percaya tulisannya?

Apa sebab dia menulis.
Dia nak bentuk satu persepsi kononnya MAHATHIR telah dianiaya. Di zalimi oleh Muhyiddin.. Kena tipu. Maka rakyat pun simpati kepada Mahathir walaupun Mahathir memperbodohkan Anwar dan PH.  Puak-puak PH pun kalau Islam benar sujud maka semuanya akan sujud kepada Mahathir termasuk Khalid Samad... Belakang Khalid Samad, Anwar Ibrahim..

Ini panggil perang psywar. Sebab rakyat baca terus percaya. Rakyat lebih percaya pada whatsapp/internet daripada ulama.

Sebenarnya Muhyiddin dan ahli Bersatu yang bersamanya adalah yang cerdik tidak mahu diperbodohkan oleh Mahathir.

Tinggallah beberapa orang sahaja yang masih belum merdeka pemikiranya termasuk si Kadi Jasin Jin Peliharaan Mahathir.


Ku Mansor
Perak


MR :  Jin dirasuk syaitan... agaknya lebih bahaya drp manusia dirasuk syiatan!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan