Header Ads

ads header

Flash News

Sokongan ahli Parlimen kepada Muhyiddin kini makin meningkat kata Zahid


BAGAN DATUK: Jumlah ahli Parlimen yang menyokong Perikatan Nasional (PN) kini melebihi jumlah asal selepas yakin dengan Muhyiddin Yassin, sebagai perdana menteri.

Tanpa mendedahkan jumlah sokongan asal dan pertambahan itu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah besar itu mencukupi untuk mendirikan sebuah kerajaan baru seperti disahkan pada 29 Feb lalu oleh Istana Negara.

“Umno dan Barisan Nasional (BN) mesti diperkukuhkan, Muafakat Nasional (gandingan Umno dan PAS) mesti diperkasa dan begitu juga dengan PN kerana ujian di hadapan apabila Parlimen bersidang pada 18 Mei terlalu besar.

“PN wajib menguasai majoriti di Parlimen, bukan dengan jumlah ahli Parlimen sedia ada sahaja, tetapi usaha mesti dilakukan untuk perkukuhkan PN dengan sokongan ahli Parlimen yang mahu menyertai kerajaan, ‘horse trading’ sedang rancak dijalankan oleh pihak lawan,” katanya ketika berucap pada perasmian persidangan berkelompok Umno cawangan 4 peringkat dalam bahagian Bagan Datuk, di Kompleks Umno Bagan Datuk di sini, hari ini.

Pada 1 Mac lepas, Muhyiddin mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri, apabila Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memberi perkenan pelantikan itu, selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Zahid yang juga pengerusi BN berkata, PN perlu mengelakkan rasa telah cukup kuat dan selesa kerana dalam landskap politik, ia masih baru dan belum selamat.

Menurut Zahid, beliau berbincang dengan Muhyiddin mengenai hala tuju PN dan katanya kerajaan baru mesti mempunyai “road map” bagi menyatakan secara jelas dasar serta pelaksaan program kerajaan.

Pakej rangsangan ekonomi dan dasar baru bagi menggantikan dasar yang diumumkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini perlu diumumkan segera oleh PN.

Beliau berkata rakyat khususnya umat Islam mahu beberapa isu antaranya Tabung Haji (TH) dan pengurusan Felda dipulihkan pada kadar segera, selain bantuan kepada rakyat dalam menghadapi kos sara hidup yang tinggi, mesti diusahakan secepat mungkin.

“Bantuan untuk rakyat mesti disusun dengan rapi dan disegerakan, supaya rakyat dapat merasa semula pelbagai pemberian bantuan sara hidup, nasib pelajar di universiti dan Institut Pengajian Tinggi perlu dibela sewajarnya, terutamanya bagi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),” katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Salam. Ya ALLAH YA TUHAN KAMI. Kami memohon merayu kepada-MU(YA ALLAH) supaya ENGKAU(YA ALLAH) musnahkanlah & hapuskanlah kaum DAP seperti ENGKAU(YA ALLAH) memusnahkan menghapuskan kaum Firaun yg memusuhi Nabi Musa a.s & Nabi Harun a.s. amin ya robbal'alamin

    BalasPadam