Header Ads

ads header

Flash News

Sulaiman Ketua Menteri Melaka ke-12?


MELAKA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Datuk Sulaiman Md. Ali, bakal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-12 di Dewan Seri Utama, Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka, Ayer Keroh, kira-kira jam 3.30 hari ini (9 Mac).

Ia sekali gus menamatkan kemelut lebih seminggu dalam menentukan bakal Ketua Menteri selepas Perikatan Nasional (PN) diterajui UMNO berjaya membentuk kerajaan menyingkirkan Pakatan Harapan.

Sumber memberitahu kira-kira jam 5 petang ini Sulaiman telah dihubungi pihak Istana Melaka memaklumkan beliau akan mengangkat sumpah dalam adat istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah, Ketua Menteri Ke-12, petang ini.

Pada sebelah pagi ini Sulaiman ditemani Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Melaka, Datuk Ab Rauf Yusoh telah mengadakan pertemuan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Kuala Lumpur.

Pelantikan Sulaiman, 55, sekali gus menamatkan kemelut dan keresahan rakyat Melaka berhubung siapa bakal Ketua Menteri Melaka yang baharu apabila Perikatan Nasional terdiri daripada gabungan 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) dari UMNO, ADUN Rembia, Datuk Jailani Khamis (PKR) dan ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hasan Baktee (DAP).

Sulaiman yang berasal dari Kampung Durian Daun, Masjid Tanah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Daun dan Sekolah Menengah Masjid Tanah.

Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Training Cadet Maritime Academy Melaka (ÀLAM). Beliau seterusnya meneruskan pengajian Profesional Master In Management QAC ( UK).

Beliau berkahwin dengan Datin Munira M. Yusop dan dikurniakan tiga orang anàk iaitu Muhammad Amsyar, Muhammad Ikhlas dan Puteri Balqis. – BebasNews


MR :  Perebutan tidak menguntungkan rakyat...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan