Header Ads

ads header

Flash News

Tahukah anda kematian di jalan raya Malaysia ialah 20 orang setiap hari... lebih teruk drp Covid-19


Mei hingga Jun 2019 yang lalu merekodkan 207 kematian. Bermakna dalam tempoh itu sekitar 17 nyawa terkorban setiap hari.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Urusetia Ketua Polis Negara, Datuk Asmawati Ahmad berkata, mengikut laporan statistik Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) sebanyak 19,515 kemalangan (bukan kemalangan maut) dicatatkan di seluruh negara.

Purata kes maut jalan raya kini sekitar 7,000 hingga 8,000 orang setahun. Bermakna dianggarkan 20 orang maut setiap hari di jalan raya negara ini, manakala lebih 25,000 orang cedera setiap tahun.

Kadar kematian jalan raya di Malaysia di tempat ketiga tertinggi dunia mengatasi India dan China.

Malaysia merekodkan kadar kematian jalan raya tinggi iaitu 23 orang setiap 100,000 penduduk berbanding Indonesia 15 kes dan Filipina 11 kes.

Sekarang kemalangan maut hanya sekitar 1-2 kes sehari sahaja.
Kerana rakyat tak pandu kereta laju
Kurang perjalanan
Roadblock ada banyak
Askar turun dilapangan.

Bila berfikir kenapa rakyat risau covid-19 daripada jalanraya?
Itu menunjukkan kepentingan tentang keselamatan di jalan raya kena dipertingkatkan lagi.


MR :  Denggi pun sama.... 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan