Header Ads

ads header

Flash News

Tak Perlu Risau, Minggu Depan Kabinet PN diumumkan


Barisan penuh kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan dimuktamadkan minggu depan.

Menurut sumber, barisan kabinet baru itu dijangka akan diumum dan bakal mengangkat sumpah jawatan pada hari Isnin mahupun Selasa ini.

"Semua parti Umno dan PAS telah menghantar senarai nama-nama calon untuk dipertimbangkan bagi menganggotai kabinet Muhyiddin.

"Insya-Allah Isnin atau Selasa ini...minggu depan boleh dikatakan barisan Kabinet kerajaan baru selesai dibentuk untuk merangka pentadbiran negara.

"Malah, hari ini dan esok ada presiden parti dalam gabungan Perikatan Nasional mengadakan perbincangan dengan Muhyiddin," katanya.

Sementara itu, sumber yang juga salah seorang pemimpin kanan parti politik tidak menamakan siapa bakal dipilih sebagai timbalan perdana menteri.

Sebaliknya, mereka menyerahkan hal itu kepada Muhyiddin untuk menentukan.

Bagaimanapun katanya, sebahagian menteri yang pernah menganggotai kabinet PH akan terus dipilih berada dalam kerajaan pimpinan PN ini.

"Saya difahamkan sebahagian menteri sebelum ini akan dilantik kembali dalam Kabinet baru ini," katanya lagi.

MR :  Bersabar minggu depan kita lihat siapa tokohnya dan kita boleh buat perbandingan dengan PH selepas sebulan mereka bekerja


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Balasan
    1. Mencari jannah ke mencari neraka...? Bercakap pakai kepala lutut...bercakap tu satu doa...x boleh doa yg baik2...elok diam jer...

      Padam