Header Ads

ads header

Flash News

Tanda-tanda Kerajaan Perikatan Nasional Pun Tak sampai setengah penggal sudah mula nampak


Seperti yang disebut oleh Presiden PAS, Kerajaan ini adalah kerajaan untuk rakyat dan menyelamatkan negara demi rakyat. Memang ada banyak perkara perlu dibincangkan. Pada asal penubuhan kerajaan ini Muafakat Nasional (UMN)-PAS) akan bersama Bersatu + Azmin & The Geng + GPS. Tapi nampak Mahathir cuba tukar perancangan sehingga menjadi kelam kabut dan MN terpaksa menukar sokongan daripada Mahathir kepada Muhyiddin.

Gabungan ini sangat longgar dan Bersatu + Azmin mengambil kesempatan cuba mengurangkan pengaruh UMNO dalam gabungan longgar ini.

PAS nampak redha dan menerima demi rakyat untuk 3 tahun ini.
UMNO nampak sukar menerima kerana UMNO mempunyai banyak MP, malah merasakan Muhyiddin tidak mengambil kira faktor ini demi untuk menguatkan Perikan Nasional.

Ini adalah titik lemah.
Semakin hari semakin membesar jika tidak diatasi
Titik ini akan menjadikan PN juga menerima nasib yang sama seperti PH
Jika UMNO tidak membaiki dan mengatasinya untuk bersabar dan redha sementara, jaminan PN terus kekal untuk rakyat sangat tipis.

Ku Mansor
Perak

......

'Komposisi kabinet tak adil, blok Azmin dapat manfaat besar'


Selepas beberapa pimpinan Umno mempertikaikan komposisi kabinet yang dibentuk perdana menteri, Muhyiddin Yassin, timbalan presiden Umno, Mohamad Hasan juga mengambil langkah yang sama.

Kata Mohamad, walaupun pelantikan kabinet adalah budi bicara Muhyiddin selaku perdana menteri, adalah jelas Umno selaku blok ahli Parlimen terbesar diketepikan dengan cara yang sangat tidak adil.

"Pertama, pemberian portfolio kementerian yang tidak kritikal.

"Keadaan ini sama sekali tidak setimpal dengan jumlah ahli parlimen yang disumbangkan oleh Umno dan tahap pengalaman yang dimiliki oleh mereka.

"Kedua, keanggotaan kabinet secara jelas memberikan manfaat yang sangat besar kepada blok Bersatu dan Datuk Seri Azmin Ali," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, walaupun bukan 'kepentingan paling afdhal' untuk Umno memegang kedudukan dalam kerajaan, adalah mustahak bagi Muhyiddin mengikut saiz perwakilan parti.

Jelasnya, ia merupakan amalan dalam sistem westminster dan perwakilan kabinet yang setara dengan saiz diwakili parti merupakan sistem yang terbukti berjaya.



"Sebuah kabinet yang kuat, terbukti dan inklusif adalah kritikal bagi memastikan kejayaan PN.

"Tanpa sebuah Kabinet yang kuat, Malaysia akan terus menerus menyaksikan polemik politik yang tidak berkesudahan sekali gus tidak memungkinkan kita untuk memberi perhatian kepada pembangunan dan daya saing bangsa," katanya.

Bersatu pada masa ini memegang lebih banyak jawatan kabinet dan timbalan menteri berbanding jumlah kerusi Dewan Rakyat dalam gabungan yang terdiri daripada Umno, PAS dan GPS.

Ketika kabinet diumumkan pada 9 Mac lalu, semua pemimpin dari kem Azmin yang menyertai Bersatu untuk bersama kerajaan Perikatan Nasional, diberikan jawatan kabinet.

Ini menyebabkan Ketua Umno bahagian Johor Bahru Shahrir Samad dan ahli majlis tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman serta Azalina Othman mempertikaikan komposisi berkenaan.

Selepas mesyuarat majlis tertinggi Umno semalam, Zahid mempertahankan komposisi kabinet Muhyiddin dengan mengatakan parti itu akan memastikan prinsip 'semak dan imbang' terhadap kerajaan pimpinan perdana menteri itu.


MR :  UMNO mahu jadi Abang Besar


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


10 ulasan:

  1. Yg gila kuasa tetap nak kuasa.lantik semua supaya adil.ada seratus lebih semua pegang jawatan.semua prsdn pati jadi pm serentak puas hati .manusia tak kan puas kecuali mati.baru diam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Komen tidak logik sebab tidak masuk akal kerana gagal menimbangkan aspek keadilan.

      Padam
  2. UMNO yang mempunyai paling ramai MP sepatutnya mendapat bilangan jawatan menteri dan timbalan menteri yang lebih adil jika kerajaan PH mahu berkuasa dalam masa panjang.

    Jika isu ini tidak diberi perhatian oleh kerajaan PN, maka kerajaan baru ini akan wujud hanya untuk penggal ini sahaja.

    Kita yakin Muafakat Nasional dengan sokongan majoriti rakyat akan dapat menubuhkan kerajaan baru selepas PRU15.

    BalasPadam
  3. umno tolonglah sabar dulu...
    imej umno dh teruk tercalar..
    lepaskan dulu 3tahun ni..
    andaikata rakyat bg manfat semula pru15 baru la cerita..
    ni belum ape2 dh gelojoh...

    BalasPadam
  4. Nak salahkan ssapa lg,dap dah tkde,kata nk perjuangkan nasib rakyat dri kerajaan ph,politaik2 malaysia ni semua brjuang utk kepentingan peribadi,rakyat yg mnanggung..sbelum menang ckp jawatan tk penting,dh menang berebut2 nk jawatan..mmg dh d jangka tabur fitnah sana sini utk kepentingan sndiri,dulu dap yg d prsalahkan skrg ni parti mana plk..melayu yg membodohkan org melayu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Isu sekarang ialah isu pembahagian jawatan menteri dan timbalan menteri yang didakwa tidak adil kepada parti-parti politik dalam kerajaan PN.

      Maka ini bukan isu kepentingan diri atau gila kuasa tetapi isu keadilan untuk parti-parti politik dalam kerajaan baru.

      Padam
  5. Jika UMNO mahukan keadilan dalam pembahagian jawatan menteri dan timbalan menteri, sepatutnya UMNO menunjukkan keadilan UMNO dahulu kepada PAS sekutu UMNO dengan memberikan jawatan exco kepada Adun PAS di Johor.

    Adakah UMNO sudah menjadi kacang lupakan kulit ??? Cakap tak serupa bikin ?

    BalasPadam
  6. Tak habis-habis nak berebut kuasa.. bukannya ikhlas nak membela nasib bangsa agama dan negara...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak habis-habis pemimpin-pemimpin Pee H nak berebut kuasa sehingga Pee H tumbang baham tanah..Sibuk perjuangkan hak kafir sahaja terutamanya hak kafir harbi DA-Pigs bukannya ikhlas nak membela nasib bangsa agama Islam dan negara. Rakyat sudah tahu Pee H pimpinan DA-Pigs telah kencing rakyat.

      Bila Pee H sudah tumbang, barua-barua Pee H pula meneruskan tradisi Per H menyebarkan fitnah untuk memburuk-burukkan parti lawan kerana barua Pee H mendapat upah dedak cap roket.

      Padam
  7. ya Allah baru naik balik dah sibuk nak jawatan. gelojoj sangat.. redha la dulu

    BalasPadam