Header Ads

ads header

Flash News

Tarikh akhir fail borang cukai dilanjut 2 bulan


KUALA LUMPUR: Tarikh akhir pemfailan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) akan dilanjutkan 2 bulan daripada tarikh akhir asal yang ditetapkan antara Mac hingga Jun.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan langkah itu diambil bagi memudahkan urusan percukaian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bermula esok hingga 31 Mac ini.

Menurut kenyataan itu, bagi tujuan mengemukakan BNCP dan pembayaran baki cukai, pembayar cukai disaran menggunakan perkhidmatan dalam talian melalui platform ezHASiL.
LHDN turut memaklumkan semua premisnya di seluruh negara akan ditutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.
Pembayar cukai yang mempunyai sebarang masalah berhubung isu percukaian, khususnya berkaitan pengisian dan mengemukakan borang boleh membuat pertanyaan melalui panggilan ke Hasil Care Line (HCL) di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara).





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan