Header Ads

ads header

Flash News

Tatkala Penat Uruskan Pesakit, Petugas Covid-19 Tak Lupa Sembah Pencipta


Bagi kakitangan perubatan, segala kudrat diberikan sepenuhnya dalam menjalankan tugas sebagai ‘frontline’ bagi membendung jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat.

Bukan sahaja di Malaysia, malah ‘frontline’ sebanyak 125 negara dan wilayah di seluruh dunia bertungkus lumus merawat dan menyelamatkan nyawa pesakit tanpa mengenal erti siang atau malam.

Begitu juga yang berlaku di Iran apabila kakitangan perubatan ‘berkampung’ sejak beberapa hari lalu di bandar Erbil dalam memberikan perkhidmatan buat mangsa yang dijangkiti wabak tersebut.


Namun lebih menarik perhatian apabila terdapat sekeping gambar seorang kakitangan sedang mengerjakan solat dengan lengkap berpakaian hazmat.

Walaupun ‘terseksa’ dalam kepanasan, kakitangan itu tidak membuka sut tersebut sebaliknya terus menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim di atas sejadahnya.

Sedar mengenai risiko ketika menguruskan pesakit, tetapi mereka pastinya percaya bahawa Allah sebaik-baik pelindung dalam menghadapi wabak berkenaan.

Sumber : Facebook



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. KERAjaan Pee H telah membenarkan rakyat China Komunis bersama virus Covid-19 memasuki negara Kita walaupun Kita semua membantah tindakan zalim, bodoh melampau dan berbahaya Pee H tersebut tetapi Pee H tidak peduli kerana rakyat China Komunis lebih penting dari nyawa rakyat negara Kita sendiri.

    Akibatnya sekarang Covid-19 merebak ke negara Kita dan rakyat negara Kita hidup menderita. Bilangan pesakit Covid-19 semakin meningkat. Jika keadaan semakin teruk, mungkin perintah berkurung akan dilaksanakan.

    Ini membuktikan KERAjaan Pee H adalah kerajaan yang sangat bodoh dan mementingkan diri sahaja. Atuk Kerala sebagai doktor juga adalah doktor bodoh berlapis-lapis kerana membenarkan rakyat China Komunis membawa penyakit virus masuk ke negara ini.

    Alhamdulillah KERAjaan Pee H telah tumbang baham tanah. Ini membuktikan KERAaan Pee H adalah kerajaan pintu tandas.

    BalasPadam