Header Ads

ads header

Flash News

Terkini, AS catat kes tertinggi atasi China, Itali


NEW YORK: Amerika Syarikat (AS) kini mencatatkan kes COVID-19 yang tertinggi di dunia, menurut data yang dikumpulkan oleh Johns Hopkins University (Johns Hopkins) dan The New York Times (Times).

Negara yang mempunyai kepadatan penduduk 330 juta itu kini mengatasi China dan Itali.
Menurut Johns Hopkins, AS kini mempunyai 82,404 kes, manakala Times berkata terdapat sekurang-kurangnya 81,321 orang yang diuji positif untuk COVID-19.

Itali merekodkan 80,539 kes pada Khamis, manakala China 81,285 kes.

Hospital di AS dilaporkan semakin kritikal dalam menangani pesakit COVID-19 dan 40 peratus rakyat AS kini berada dalam perintah berkurung bagi membendung penyebaran wabak berkenaan.
Sekurang-kurangnya 1,178 orang maut akibat COVID-19 di AS, menurut Johns Hopkins, termasuk 100 di New York.

Ketika kematian masih tinggi di tempat lain, pakar mengatakan angka baharu jangkitan menunjukkan ramai lagi rakyat negara itu akan mati.

Jumlah sebenar kes mungkin jauh lebih tinggi daripada angka rasmi akibat kekurangan kit ujian.
Kiraan rasmi untuk jumlah kes COVID-19 di AS diperoleh daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), yang didakwa tidak selari dengan data sebenar.

Pada petang Khamis, CDC menyenaraikan 68,440 kes. - AFP


MR :  Covid-19 lebih suka keadaan iklam sejuk


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan