Header Ads

ads header

Flash News

Tiada keperluan lantik TPM - PM


PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan tiada keperluan buat masa ini untuk melantik Timbalan Perdana Menteri.

Ini disebabkan terdapat beberapa Menteri-Menteri Kanan yang telah dilantik yang akan membantu tugas Perdana Menteri.

"Menteri-Menteri Kanan akan bantu tugas Perdana Menteri termasuk mempengerusikan mesyuarat Kabinet di waktu ketiadaan saya di dalam negara.

"Maka tiada keperluan pada masa ini untuk seorang Timbalan Perdana Menteri dilantik," katanya dalam sidang media pengumuman Jemaah Kabinet pada Isnin di Putrajaya.

Selain itu kerajaan juga akan mewujudkan satu portfolio khas berhubung Hal Ehwal Sabah dan Sarawak dalam usaha untuk menangani isu pembangunan dan kemajuan sosio-ekonomi rakyat dia dua negeri berkenaan.

Dalam pengumuman tersebut, kerajaan juga telah bersetuju untuk melakukan penstrukturan semula melibatkan Kementerian Pendidikan dengan mewujudkan semula Kementerian Pengajian Tinggi bertujuan memperkasakan Kementerian Pendidikan.

"Dengan ini KPT akan fokus kepada sektor pengajian tinggi dan Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan kepada pendidikan pra-sekolah, rendah, dan menengah", katanya lagi.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan