Ujian vaksin pertama ke atas manusia bermula di AS
"Hari ini vaksin percubaan itu disuntik kepada peserta pertama," kata Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Negara (NIAID) Anthony Fauci kepada pemberita di Rumah Putih pada Isnin.
Ujian klinikal bermula di Kaiser Permanente Washington Health Research Institute (KPWHRI) di Seattle, dibiayai oleh NIAID, membabitkan 45 sukarelawan berusia antara 18-55 tahun.
Mereka akan menerima jumlah dos yang berbeza-beza.
Ujian kali ini untuk menilai keberkesanan, manfaat dan keselamatan bagi menentukan sama ada vaksin itu boleh digunakan atau sebaliknya.
Peserta akan akan menerima dua dos vaksin, melalui suntikan intraotot, selang 28 hari, menurut NIH.
Selepas suntikan kedua peserta akan diminta kembali ke klinik untuk pemeriksaan susulan, diikuti pemeriksaan berkala dalam tempoh setahun, kata Fauci.
Menurut Fauci, walaupun ujian awal klinikal berjalan lancar, ia mungkin mengambil masa kira-kira setahun hingga 18 bulan sebelum vaksin itu benar-benar dapat digunakan untuk orang ramai.-Bernama
MR : Dengar cerita setiap sukarelawan mendapat sekitar RM35 juta untuk di suntik dengan virus covid-19
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan