Header Ads

ads header

Flash News

UMNO tersinggung atau engkau penulis merapu?


Terbaca tulisan Shahbudin Husin kononya UMNO tersinggung dengan ucapan pertama Muhyiddin. Dia ini juga menulis Pakatan Nasional (entah ya tak nama ini sebenarnya belum disahkan) akan berpecah apabila pembahagian kerusi kabinet.

Aku nak tolong berikan info kepada penulis ini:

1.  UMNO sendiri yang minta mereka yang ada kes diteruskan - Lihat kenyataan Setiauha Agung UMNO Annuar Musa.
2.  PAS membuat kenyataan nak pempinan intergeriti, bersih dan berpengalaman - Lihat kenyataan Unit Strategik PAS.
3.  Gabungan Parti Sarawak juga nak satu kerajaan yang tiada amalan rasuah dan bersaih - Lihat kenyataan Ketua GPS.

Begitu juga dengan pembahagian Kerusi Kabinet:-

Tiada satu parti termasuk BERSATU bercakap soal siapa patut pegang jawatan. Yang ada macai PH dan ReadBean DAP yang buat poster kononnya PAS nak itu ini, UMNO nak itu dan ini termasuk nak Zahid dan Hisham. Buat senarai itu dan ini. Untuk makluman sekretariat PN belum ada lagi pasal Bersatu pun tak tahu siapa SU sebenar?

Aku nak beritahu kepada penulis ini lagi :-

Sekarang perang persepsi, manilupasi berita dan maklumat sudah tak LAKU aku ulang TAK LAKU... dulu Anwar dan PH boleh tipu rakyat pasal pengetahuan rakyat masih lemah. Sekarang rakyat sudah faham apa itu PERANG SIBER dan PSYWAR. Bukan Rakyat sahaja cerdik Raja-raja Melayu juga cerdik. Dulu Mahathir boleh PERANGKAP RAJA dalam isu nak kurangkan kuasa raja dan nak jadikan dia MAHAFIRAUN, tapi sekarang Mahathir di 'checkmate' oleh Raja-raja Melayu... baru Mahathir sedar dan dia sendiri tak tahu nak letak muka bila Agong tak nak jumpa dia...

Kenapa penulis ini beriya-iya nak kutuk PN?



Penulis 'bodoh' (maaf terpaksan tulis) ini menulis buku ANWAR PM KE-8. Bayangkan kalau Anwar tak jadi PM-8.. siapa yang rugi. Buku tak laku, analisis dilihat sebagai bodoh dan tak berfakta. Orang pun pandang dia penulis cari makan..

Jangan jadi macam Mohd Sayuti Omar (MSO) yang menulis kerana duit, dulu orang sanjung tapi akhir orang buang tulisan MSO yang menulis kerana isi perut. Bodek itu dan bodek ini  dengan pelbagai fakta rekaan semata-mata demi nak fulus!

Ok itu sahaja.

Untuk tidak menzalimi penulis ini, saya bawakan artikel penulis tersebut:-


UMNO TERSINGGUNG DENGAN MUHYIDDIN, BERKERAS TETAP MAHU ZAHID HAMIDI SEBAGAI TPM
Shahbudin Husin

Sama ada disengajakan atau tidak, perutusan Muhyiddin Yassin yang menyebut hanya mahu melantik mereka yang bersih, berkaliber dan berintergiti sebagai anggota jemaah menterinya telah membuatkan UMNO mula tersinggung dan berkecil hati.

UMNO melihat kenyataan Muhyiddin itu sebagai isyarat beliau hampir pasti akan mengenepikan Presiden UMNO, Zahid Hamidi yang sedang berdepan perbicaraan di mahkamah dalam barisan kabinet yang bakal dilantiknya.

Hakikatnya, UMNO dengan sumbangan sebanyak 41 kerusi Parlimen untuk menyokong Muhyiddin melakukan rampasan kuasa menumbangkan PH, bukan saja mahukan Zahid Hamidi dilantik sebagai menteri, bahkan untuk menduduki kerusi TPM.

Beberapa sumber yang rapat dengan PWTC memberitahu, UMNO tidak ragu-ragu mengatakan Zahid Hamidi perlu diberikan jawatan TPM atas kapasitinya sebagai Presiden UMNO.

Mereka berhujah bahawa UMNO berpegang kepada prinsip seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah serta mahu Muhyiddin yang kini bersama dalam Perikatan Nasional turut berpegang kepada prinsip yang sama.

Jika Muhyiddin mengenepikan Zahid Hamidi, beliau dilihat bukan saja tidak berpegang kepada prinsip itu, malah menunjukkan sikap setujunya terhadap Tun Mahathir Mohamad yang sebelum ini telah mengenakan pendakwan ternadap Presiden UMNO itu.

Dalam hal ini, kata sumber itu, apakah Muhyiddin tidak meyakini kata-kata Zahid Hamidi yang bertegas mengatakan pendakwaan terhadapnya adalah palsu, bersifat politik dan terpilih atau beliau secara diam bersetuju dengan tindakan Tun Mahathir?

Lantaran itu, meski tersinggung, UMNO dilaporkan tidak berputus asa untuk terus memberi tekanan kepada Muhyiddin agar akhirnya akur untuk memberikan jawatan nombor dua dalam kerajaan kepada Zahid Hamidi.

Bagi tujuan itu, Zahid Hamidi bersama Presiden Pas, Hadi Awang telah mengadakan pertemuan di rumah Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa malam tadi.

Pertemuan itu yang turut disertai Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan, Bendahari BN, Tengku Adnan Tengku Mansor serta beberapa yang lain itu adalah dipercayai untuk membincangkan kedudukan kabinet Perikatan Nasional serta memohon sokongan Pas berhubung kewajaran Zahid Hamidi diletakkan sebagai TPM.

Berdasarkan kenyataan Hadi Awang dua hari lalu yang mengatakan PH juga pernah menggugurkan kes Lim Guan Eng selepas dilantik sebagai Menteri Kewangan oleh Tun Mahathir, parti itu bukan saja setuju Zahid Hamidi dilantik sebagai TPM, malah seperti memberi bayangan perlunya Muhyiddin melalui arahan kepada Peguam Negara yang bakal dilantiknya menggantikan Tommy Thomas selepas ini agar bertindak serupa menggugurkan kes terhadap Zahid Hamidi.

Dalam kes pembentukan kabinet, selain bertegas mahu Zahid Hamidi diberi jawatan TPM, UMNO juga dilaporkan ingin suara dan cadangan mereka diambil kira dalam perlantikan menteri daripada parti itu oleh Muhyiddin.

UMNO sama sekali tidak mahu Muhyiddin bertindak seperti Tun Mahathir ketika mengetuai PH yang melantik sesuka hati menteri-menteri daripada PKR dan membelakangkan cadangan nama yang diberikan oleh parti pimpinan Anwar Ibrahim.

Jika itu berlaku, Muhyiddin bukan saja dianggap telah melukakan hati UMNO, malah mungkin berdepan tindakbalas daripada UMNO dan Pas yang memang sebelumnya telah bergabung dalam Muafakat Nasional yang memiliki 59 kerusi Parlimen dalam Perikatan Nasional.

Bagi UMNO, wakil parti itu yang mahu dilantik sebagai menteri oleh Muhyiddin mesti datang daripada cadangan Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO sahaja dan bukan daripada pihak-pihak lain.

Akhrinya, apakah Muhyiddin berani mengenepikan Zahid Hamidi dan cadangan nama yang bakal dibawa oleh Presiden UMNO itu atau beliau terpaksa akur kerana kedudukannya yang masih tidak menentu? (ShahbudinHusin 04/03/2020)



MR :  Maraj betul Ku Mansor... Tapi janganlah kata kepada orang 'bodoh' wealaupun dia memang bodoh... Contohi Abdul Hadi masih hormat Mahathir walaupun Mahathir banyak tentang dan menyalahi Islam.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Sahabudin dan MSO cari makan dengan menulis mengampu.Rasa bertambah bodoh dan dungu apabila baca tulisan sahabudin dan MSO. Ampu dan jilat selagi boleh.

    BalasPadam
  2. Maafkan keduanya. Mereka tidak mendalami politik islam.

    BalasPadam