Header Ads

ads header

Flash News

Untuk Anwar, Helikopter Vs Terowong Siapa Kleptokrat Sebenarnya ?


1. "Yang helikopter hilang itu, besar kes dia. Yang lain semua terpalit," kata Anwar Ibrahim, bekas bakal PM8 tempoh hari dalam video yang disiarkan di Facebooknya Selasa lalu.


https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/videos/653113715451431/

2. Tuduhan helikopter 'hilang' masih berlegar sehingga hari ini, dan cuba digambarkan oleh PH sebagai isu rasuah.

3. Helikopter tidak hilang, tetapi terlewat mengikut jadual. Halnya, Kementerian Pertahanan pada November 2016, menandatangani pembelian 6 buah helikopter MD-530G dari AS dengan harga RM300 juta, dengan penghantaran keseluruhan dijanjikan pada Disember 2018.

4. Pada 1 Mac 2020, Panglima Tentera Darat mengesahkan helikopter tersebut akan diterima pada hujung tahun ini, dan sudah membayar 35% daripada jumlah keseluruhan.

https://www.sinarharian.com.my/…/Tentera-Darat-bakal-terima…

5. Apa yang menarik ialah bila bekas PM, Najib Razak mempersoalkan 'permainan propaganda' yang cuba dimainkan PH.

6. Pada 29 Oktober 2019, bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mengesahkan 6 buah helikopter itu sudah 98% disiapkan.

https://www.freemalaysiatoday.com/…/kementah-mungkin-ke-ma…/

7. Namun, pada 27 November 2019, Mat Sabu berkira-kira pula mahu meneruskan pembelian atau tidak.

https://www.bharian.com.my/…/kabinet-putus-status-pembelian…

8. Menurut Najib, ia sengaja ditangguh-tangguh supaya urusniaga ini dapat dilihat sebagai skandal rasuah.

" Selagi kerajaan PH tak mahu terima helikopter itu, selagi kerajaan PH boleh tuduh BN rasuah dalam isu pembelian helikopter. Nampak tak permainan mereka?"

Sebaliknya, kos RM305 juta dibayar untuk laporan-laporan terowong ajaib yang dianugerahkan Guan Eng pada bulan April 2013 tetapi selepas lebih 6 tahun tiada sebarang pembinaan pernah bermula, tidak pula digelar oleh PH sebagai skandal rasuah," tulisnya.

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156758791830952

9. RM305 juta itu ialah bayaran untuk kos kajian kebolehlaksanaan (feasibility study).

10. Pada 2016, dilaporkan 83% kajian telah disiapkan. Guan Eng janji sebelum itu, ia akan disiapkan pada April 2014. Namun, selepas 3 tahun, pada 25 Ogos 2019, Ketua Menteri Pulau Pinang mengatakan baru siap 90%.

https://www.freemalaysiatoday.com/…/najib-snipes-at-creepi…/.

11. Dalam kes terowong Guan Eng, 6 kertas siasatan telah dibuka oleh SPRM. Namun, pada 4 Mac 2019, SPRM memaklumkan:

- 5 kertas siasatan sudah diserah kepada pihak Peguam Negara

- 3 daripadanya dikembalikan kepada SPRM

- 2 lagi masih dalam kajian pihak Peguam Negara.

- Manakala 1 kertas lagi masih dalam siasatan SPRM

https://www.sprm.gov.my/…/3283-sprm-buka-6-kertas-siasatan-…

12. Kleptokrasi Guan Eng boleh disembunyikan kerana sebelum ini Peguam Negara di pihaknya. Selepas ini, kita akan lihat, siapa kleptokrat sebenar.

MR :  Anwar ni pakar bercakap dan memutar belit isu..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Jika seorang tokoh liberal semburit telah banyak Kali menipu penyokongnya sendiri, maka Kita tidak terkejut dia menipu rakyat dengan pelbagai cerita dongeng.

    BalasPadam