Header Ads

ads header

Flash News

Untuk melawan wabak Covid dari segi kesihatan, kita perlu 3 senjata perubatan kata Najib


Untuk melawan wabak Covid dari segi kesihatan, kita perlu 3 senjata perubatan:

Nombor 1. Kit ujian yang pantas dan tepat untuk membuat saringan
Sejak minggu lepas, Amerika Syarikat telah meluluskan dua lagi kit ujian pantas. Satu dari

Satu ialah kit ujian yang paling berpotensi ialah kit yang boleh digunakan dengan mesin popular GeneXpert dari syarikat Cepheid yang mampu memberi keputusan serta-merta.

Yang kedua ialah kit ujian dari syarikat Mesa yang memberi keputusan ujian dalam masa 30 minit.

Negara jiran Singapura juga sedang menghasilkan sebuat kit ujian yang menggunakan proses yang diberi nama "Cepat". Mereka kata kit ujian ini mampu memberi keputusan yang tepat dalam masa 5 minit sahaja.

Mereka merancang untuk menghantar kit ujian ini untuk mendapat kelulusan dari kerajaan Singapura dalam masa sebulan.

Jika diluluskan, ianya merupakan kit ujian Covid paling laju dalam dunia.

Nombor 2. Ubat yang berkesan untuk mengubat mereka yang telah disahkan positif
Selain mengkaji ubat-ubat baru, beberapa ubat sedia ada di dapati sangat berkesan untuk mengubat Covid.

Satu darinya ialah ubat Hydroxychloroquine yang diagung-agungkan oleh presiden Trump. Ubat ini sudah wujud sejak berpuluh tahun dahulu untuk mengubat Malaria tetapi didapati berkesan untuk kes Covid di Perancis.

Kajian berskala kecil di Perancis melibatkan 26 pesakit mendapati kesemua pesakit sembuh sepenuhnya apabila diberi ubat Hydroxychloroquine . Kesannya bertambah baik apabila pesakit juga diberi antibiotik azithromycin.

Oleh kerana ujian tersebut, negara Bahrain telah mula menggunakan ubat Hydroxychloroquine untuk pesakit Covid manakala negara India telah mengharamkan eksport ubat tersebut.

Di Malaysia, KKM sedang mengkaji untuk menggunakan dua jenis ubat yang berpotensi. Satu dari China yang didapati berkesan apabila digunakan secara besar-besaran untuk mengubat Covid di negara itu dan satu lagi ubat dari negara Jepun bernama Avigan yang merupakan ubat selsema sedia ada sejak tahun 2014.

Ubat Aviden ini didapati sangat berkesan untuk melawan Covid di negara China. Malah saham syarikat ubat yang mengeluarkan Avigen melonjak naik sejak dua hari dahulu apabila ianya dipuji oleh kerajaan China.

Nombor 3. Vaksin yang memberi pertahanan kepada orang ramai untuk mencegah mereka jatuh sakit apabila dijangkit Covid.
Negara-negara UK, USA, Rusia, China dan Singapura sedang menguji vaksin mereka masing-masing. Diramalkan bahawa paling cepat vaksin baru boleh diluluskan dan dihasilkan untuk kegunaan orang ramai ialah sebelum akhir tahun.

Sekian update ringkas.

NAJIB RAZAK


MR :  Anwar suka menyalahkan orang lain, Najib suka membantu dengan idea dan cadangan. 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan